Wednesday, March 10, 2010

Syurga Cinta vs Ketika Cinta Bertasbih

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya kerana diberi nikmat untuk bernafas di bumi yang semakin tua ini dan nikmat yang paling besar iaitu iman dan islam. Kalau sesiapa yang add facebook saya, saya pernah tulis dalam post wall saya "Saya mengimpikan novel Kombat Faizal Tehrani difilemkan,boleh jadi filem box office Avatar arahan James Cameroon kalah,tapi sapela yang nak jadi pengarah"..tak ramai yang respon dekat post tu, tapi saya tetap berterima kasih sesiapa yang sudi respon. Mungkin salah satu sebabnya tak ramai yang tahu novel Kombat tu.huhu.

Didikan dalam rumah itu penting. Kenapa saya cakap macam ni tetiba? Bila abang saya yang keempat balik kampung, dia selalu pesan kitorang, "abang Min tak suka kamu tengok tv drama melayu dan hindustan". Oleh kerana pesanan itu adalah tegas, kami terpaksa lah ikut.hiihiihi.Sebab apa ye abang Min tak bagi tgk drama melayu? kalau filem hindustan saya faham la,ada adegan-adengan yang tak elok untuk dilihat.Dari sekolah menengah lagi kitorang satu keluarga memang jarang tgk drama melayu except Cerekarama TV3 pukul 10 ari Sabtu. "Kalau drama melayu tak boleh tengok kami boleh tgk apa jer bang?". "Kamu tengoklah citer Inggeris kan ada"


Boleh tak saya katakan drama atau filem Melayu sekarang tak berkualiti?..hehehh ayat kontroversi.Sabtu lepas saya terbaca artikel dalam suratkhabar,tajuk " Filem tidak manfaatkan sastera"..pandangan ahli-ahli sastera lebih kurang macam pandangan saya..(perasan la plak)..Antara pandangan mereka yang memberi kesan pada fikiran saya; terlalu banyak anugerah yang diterima oleh para sasterawan negara tetapi tidak semua yang tahu, hanya golongan penyelidik sastera je yang tahu.Sebagai contoh sasterawan negara A.Samad Said karya sastera yang mendapat pengiktirafan "Hujan Pagi".Shahnon Ahmad dengan karyanya yang mengungkapkan kemanusiaan dan kemiskinan zaman kanak-kanak dalam "Ranjau Sepanjang Jalan" dan banyak lagi. Adakah karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara terlalu ketinggalan zaman sekiranya diadaptasi kepada filem?. Saya rasa anggapan begini salah,sebagai contoh filem Laskar Pelangi diadaptasi oleh novelnya, filem ini sangat mudah menceritakan kehidupan kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai begitu banyak impian dan mimpi untuk dikecapi, perjuangan guru-gurunya dalam mempertahankan sekolahnya untuk melihat anak-anak muridnya bersama harus dipuji.Filem ini mendapat sambutan ramai tidak kira di Indonesia mahupun dari luar negara.

Terbaru hangat diperkatakan dalam facebook di kalangan kawan-kawan fb saya mengenai Ketika Cinta Bertasbih,filem ini saya beri lima bintang."Terbaikla Pak Habib". Filem islamik yang meletup sehingga menjadi topik perbincangan manusia.Apa yang ingin ditonjolkan dalam filem ini bukanlah semata-mata kisah cinta Khairul Azam dan Althafunnisa tetapi sebuah cerita motivasi kepada manusia, selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan.

Saya ingat lagi David Teo penerbit filem "Syurga Cinta" ingin bawakan dalam filemnya "cerita ini khas kepada wanita-wanita yang bertudung untuk mengenal "cinta""..wah wah pandai dia nak ajar cinta islamik pada kita. Motif dan objektif yang tidak jelas...nampak sangat nak kaut keuntungan semata-mata.Kalau anda semua tonton citer tu for sure bezanya lain dengan KCB,dari segi pergaulan lelaki dan perempuan, aksi di dalam disko yang memalukan, pakaian yang tidak menutup aurat, cinta kepada manusia semata-mata dan banyak lagi la.fuhh

Kalau nak bicarakan pasal filem barat, terlalu banyak karya novel mereka diadaptasikan menjadi filem contohnya "Lord of The Ring" dan "Harry Potter". Saya suka tengok citer Lord of the Ring,satunya sebab filem ini guna teknologi tinggi tapi tak lupa dasar sejarah yang ingin ditonjolkan. Kisah pengembaraan, best!.

Sebenarnya produser2 filem negara kita ini boleh berjaya tapi kena buang sikap "copy dan ikut membuta tuli". Kurangkanlah citer ikutan barat yang ntah kurang bagi pengajaran pada orang "Cicak Man,Bohsia, Rempit dan citer2 tahyul" tu belum masuk drama-drama melayu lagi. Buatla filem-filem yang mendidik bangsa, klu susah sangat nak cari idea, pegi bincang dengan sasterawan negara dan terbitla filem,bukan susah sangat.

Filem yang berkualiti bagi pandangan saya mestilah mempunyai ciri-ciri mendidik jiwa bangsa, penyelidikan yang terperinci sekirnya mengenai sains dan teknologi, unsur kerohanian juga tidak dilupakan dan paling penting letakkan islam pada atasya kerana "Islam untuk semua"..sesuai untuk semua.Oklah setakat di sini sahaja. Slogan saya kali ini
"Sokonglah filem-filem Islam"

Tuesday, March 2, 2010

Sayang tak terucap

بسم الله الرحمن الرحيم


Sibuk sangat 2 minggu ni,sampai nak tengok blog pun tak larat.Tajuk entry di atas adalah tajuk satu novel motivasi bagi aku.Sayang Tak Terucap karya penulis novel yang tak asing di dunia penulisan Malaysia Nurhayati Ibrahim.Di sini aku tuliskan sedikit sinopsis novelnya.

Delilah adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dibesarkan oleh ibu,nenek dan datuknya yang buta.Masa kecilnya dihabiskan masa menemani ibunya berniaga untuk menampung kehidupan hariannya.Datuknya walaupun buta tetapi ayat-ayat Al-Quran ada di dalam ingatannya,seringkali menceritakan sirah-sirah anbiya kepada Delilah.Perwatakan Delilah berbeza dengan rakan-rakannya,hatinya cekal dengan dugaan yang datang.

Akhirnya dia berjaya menjadi doktor gigi dan mampu membuka kliniknya sendiri.Dipendekkan cerita ayah kandungnya berjaya menjejaki keluarga yang ditinggalkan.Dengan rasa sedih,kecewa dan rajuk yang berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris,lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu,nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu,masih tidak membuka pintu hatinya.Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya.Datuknya yang buta,tapi tidak buta hatinya. Datuknya buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu,mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak guna sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan,menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Di bawa dirinya ke Mekah menunaikan umrah,di situ satu kisah pengorbanan dan kemaafan mengusik hatinya.Kisah Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya yang masih kecil,Nabi Ismail.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Delilah mual tersedar,kisah yang pernah diceritakan oleh datuknya.Dia menginsafi diri,"mampukah aku menjadi sperti Siti Hajar".Pulangnya dari umrah membawa sinar kemaafan pada ayahnya.Syarikat besar milik ayahnya diserahkan kepada anak kandungnya,Delilah.

Tatkala habis novel ini dibaca,ketika itu juga air mataku berlinang laju."Ya Allah Ya Tuhanku,lembutkanlah hati hambamu ini dan jadikanlah aku setabah Siti Hajar"



Wednesday, February 17, 2010

Masih ada masa untukmu


بسم الله الرحمن الرحيم


Begitu sukar untuk aku mulakan bicaraku pada kali ini,mengorek semula kenangan yang berada kotak minda untuk dikongsikan pada para pembaca.
Kisahnya bermula di sini...

"Aku datang sekolah ini pun sebab mak ayah aku yang suruh,kalau diikutkan hati aku tak nak belajar dah"kata-kata seorang teman aku selepas beberapa bulan berkenalan.Dia mula tidak segan untuk bercerita lebih dalam kisah peribadinya padaku.Aku mendengar dengar teliti..."aku kesian sebenarnya kat mak ayah aku,banyak sangat aku susahkan diorang.Selalu je sebelum ni,aku lari rumah,agaknya diorang tak tahan diorang hantar aku kat sini" kalau kau lari rumah kau duduk umah sape?.."rumah boyfriend aku"dia menjawab..dalam hatiku cuma beristighfar panjang."Kau nak tahu satu perkara tak?"."Apa dia?Kalau kau nak tahu aku pernah gugurkan anak 2 kali.Sakit memang sakit tapi macamana nak buat aku tak ready lagi nak jaga anak."Ya Allah,betul ke yang aku dengar ni,mak ayah kau tahu tak ni?dia pun jawab macamni,mak ayah aku tahu je,pernah je diorang cari aku kat umah boyfriend aku pujuk balik,mak aku menangis ayah aku tak tahu nak buat macamana dah,diorang dah tak larat marah aku."Ya Allah bukakan pintu kawanku ini untuk kembali semula di jalanMu"

Aku hanya mengeleng,terkejut,sedih dan takut dengan apa yang aku dengar.Aku tak pernah jumpa mak ayah dia ni,tapi aku dengar mak ayah dia memang baik sangat.Mak ayah member aku ni tak abis belajar,mungkin salah satu faktor menyebabkan anak dia jadi macam ni.Sebab apa aku cakap macam ni,faktor utama perkara ni boleh berlaku sebab mak ayah kurang tahu atau jahiliyah bab-bab agama ni.Didikan agama yang diberikan kat anak-anak kurang.

Aku nampak perubahan pada diri dia,rajin dia membaca al-quran sebelum tunggu azan maghrib semasa berkumpul di surau blok asrama.Walaupun bacaan merangkak-rangkak.Dia aliran vokasional,boleh dikatakan cepat pick up dalam bab pelajaran,selalu juga dia minta aku ajar matematik moden,salah satu subjek sama dengan aku.Walaupun kadang-kadang ada solat yang ditinggalkan tapi aku cuba sedaya upaya mengingatkan dia perkara-perkara wajib yang perlu dibuat.Alhamdulillah dia dengar nasihat aku,dia bukannya macam sesetengah member dalam dorm aku yang susah ditegur bila bab-bab fardhu ni.

Pada suatu petang yang damai...aku terdengar kecoh-kecoh dari blok asrama aku.."wei korang nak tahu "....." lari pegi landasan kereta api nak bunuh diri." Aku mula mencari kesahihah berita,aku sibuk bertanya kepada member-member yang melihat perkara ini.Ada sorang kakak pengawas dia mengiakan kejadian tersebut "kalaula akak tahu cikgu hensem yang selamatkan "......" akak pun nak g bunuh dirila..hahha" main-main pulak akak ni,aku tengah risau apa yang berlaku dia ni plak gatal pasal cikgu muda yang selamatkan member aku ni dari bunuh diri...Fuhh memang dashyat.Aku berasa sangat bersalah,aku kurang mendampingi dia kerana terlalu sibuk dengan pelajaranku,aku hanya boleh memerhati dan berbual sesekali dengannya kerana kami bukan dari kelas yang sama.

Esoknya,mak ayah dia datang jumpa pengetua.Dia kena kaunseling sikit.Akhirnya keluarga dia buat keputusan untuk berhentikan dia dari sekolah.Sedih hati hanya Allah yang tahu.Aku tak tahu apa akan jadi kat member aku lepas ni.
Kebanyakkan member-member aku yang dihantar ke sekolah ada masalah keluarga,contohnya family broken,sehinggakan dia larut dengan boyfriend dia,tapi dia ni untung sikit sebab family dia kaya.Aku rasa bersyukur dan beruntung sebab Allah tempatkan aku kat sekolah ni supaya aku mendapat pengajaran dan ibrah apa yang terjadi.Hikmahnya terlalu besar.Realiti yang sukar untuk diterima.



Adakah pintu taubat tertutup bagi mereka?tidak kerana Allah Maha Pengampun asalkan mereka bersungguh-sungguh bertaubat kepadaNya.Aku pernah berbincang dengan sahabat-sahabat aku ini tentang pembuangan bayi.Satu statement yang aku suka sangat dengar dan menjadi muhasabah bagi aku "saya pernah melihat orang melakukan dosa besar,diakhir hayatnya dia bertaubat dan menjadi orang yang soleh..tapi kita tak tahu akhir hayat kita sama ada baik atau buruk,semoga Allah tetapkan kita dalam islam"

Di sini dapat kita simpulkan keluarga bahagia yang cukup dengan didikan agama amat penting untuk lahirkan anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah.Keluarga yang berpecah boleh menyebabkan bermacam-macam kemungkinan yang negatif tetapi kita pulangkan semula pada setiap iman individu.Jalan taubat masih terbuka untuk semua orang kerana Allah Maha Penyayang.Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganla kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"








Saturday, February 13, 2010

Say No to Valentine!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini aku aku mahu kongsikan lirik lagu Melly Goeslow dari Ketika Cinta Bertasbih II
Muhasabah pada diri dan pembaca-pembaca...

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNYA
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta...


Surah Al-Baqarah Ayat 216:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui"





Thursday, February 11, 2010

Betul ke?


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum meninggalkan UKM ni,ada benda yang dalam fikiran ni yang belum terluah kat blog ni...Ada sahabat baik aku ni cakap macamni "kenapa bila baca blog Aisyah ni berbeza dengan apa yang Aisyah cakap?" aku tanya dia,apa yang bezanya...dia pun jawab "kadang-kadang pendapat dan pemikiran Aisyah tak terkeluar masa kat dalam blog,nape ye?..huhhu aku pun membalas dengan selamba "tak tahu la,mungkin saya baru lagi kot dalam penulisan,kadang-kadang saya pon rasa macam tu juga...macam jadi diri orang lain..senang cerita macam skema cara penyampaian isi dalam blog dan tak dapat nak hurai dengan apa yg difikirkan"....perbualan kami berhenti kat situ je..betul ke?aku pulangkan pada semua pembaca yang mengenali diri yang serba kekurangan ini.

Tapi bukan setakat ini yang mahu tulis dalam entry ni.InsyaAllah..entry aku selepas ini akan lebih matang dalam mengupas isu-isu dan persoalan-persoalan semasa.Sebenarnya nak buat entry best biar diri si penulis bersedia bukannya dari permintaan atau rasa terdesak nak menulis sebab dah lama tak update blog..,kesimpulan ikhlas,menulis dari hati.

Firman Allah

"Tiadalah mereka diperintah,kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama yang lurus dan mendirikan solat,mengeluarkan zakat.Itulah agama yang lurus"
Al-Baiyinah:5





Wednesday, February 10, 2010

Bertindak biar faham...



بسم الله الرحمن الرحيم

Sandarkan sesuatu biarla pada Al-Quran dan As-Sunnah....
Menyusuri sirah Nabi Muhammad S.A.W,keislaman Saidina Umar Al-Khattab menjadi salah satu doa dalam mengembangkan islam dengan cepat dan mudah.Surah Thaha yang didengari oleh Saidina Umar membuatkan pintu hidayah terbuka dan seterusnya islam berjaya disebarkan dengan terang-terangan.Peristiwa hijrah mencatat sejarah bagi khalifah ini sebagai seorang pejuang islam yang berani.Khalifah ini mencabar pihak kafir Quraisy untuk menghalangnya dalam berhijrah ke Madinah.

Kata Umar:"Barangsiapa yang sanggup menjadi ibunya keseoranga disebabkan kematian anak,meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa,sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami,marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini." Cabaran inilah yang menggetarkan hati-hati puak kafir Quraisy.Semua ini Saidina Umar lakukan kerana dia tahu Islam agama yang benar tidak perlu takut untuk dizahirkan.

Tahun ini genapla 3 tahun aku menghadap Pilhan Raya Kampus(PRK). Tahun ini mencatat peristiwa berdarah di bumi UKM.Sebelum ini,segala kesalahan dan ketidakadilan didiamkan kerana masih boleh bersabar dengan apa yang berlaku. Tahun ini,kami perlu kuat dan berani dalam menyuarakan penindasan yang berlaku.Pertandingan bola yang bukan di atas padang yang sama menyebabkan sukar menentukan pemenang.Padang yang penuh lumpur dan padang kering tanpa gangguan air.

Mengapa perlu aku huraikan kembali PRK ini,sedangkan terlalu lama benda sudah pergi.Mungkin pandangan yang diminta oleh pembaca membuatkan aku perlu memerah idea untuk menulis.Segala bait kata yang aku tulis,aku perlu bertanggungjawab.Tiap-tiap tahun pihak Aspirasi dengan slumber nye melakukan kesalahan masa hari kempen dan hari pengundian.Proses berkempen mereka bukannya di dalam dewan kuliah,kafe atau di tempat awam..tetapi kempen diorang dengan ugutan budak2 first year dan doktrinisasi pembangkang dan pro kerajaan sebagai modal mereka memperoleh kemenangan.Aku bawakan bukti yang aku dengar dari perjumpaan pengurus kolej,JAKSA dan student first year,macam ni kata pengurus kolej "Apa tujuan kamu masuk u?.Belajar kan,tak perlulah nak terlibat benda-benda yang boleh mengganggu pelajaran kamu.Kamu kena bersyukur dengan apa yang kolej dan u bagi kat kamu,janganlah buat perkara-perkara yang boleh melanggar AUKU dan menyebabkan kamu dibuang universiti." Doktrinisasi yang boleh merencatkan pemikiran mahasiswa dalam berfikir jauh.

Masa hari pengundian,kolej H membuka pondok panas,di belakang kaunter ditampal nombor2 calon di atas softboard.Sekarang siapa yang terdesak nak menang,biru atau ungu.Aku rasala diorang ni tak reti or tak baca peraturan yang pihak pentadbiran buat penat-penat.Masa hari pengundian tak boleh buka pondok panas dan pancing undi.Rata-rata kolej ada je pancing undi.
Lepas ni aku rasa bakar je buku peraturan pemilihan/panduan MPP tu then buatla peraturan sendiri.Puas hati diorang.

Malam pengumuman menyaksikan betapa ramai yang inginkan perubahan,keadilan dan ketelusan.Aku malas nak explain apa yg jadi sebenarnya,tapi aku kira puas melihat mahasiswa sedar ketidakadilan yang berlaku.Ada yang menangis,marah dan cool je apa yang berlaku termasukla aku...aku cool je.huuhu.Kalau nak dikirakan kami ini ekstrem,tak lah..sebab kami boleh menjadi seorang profesional yang masih boleh diplomasi dengan pihak pentadbiran.Wakil dari berjumpa dengan orang atasan menyatakan apa yang kami lakukan.2 tuntutan yang kami mahukan pada malam itu,pengiraan semula dan dialog dengan pengetua-pengetua kolej dan pihak pengurusan PRK.

Esoknya,selepas solat Jumaat antara wakil kami membuat sedikit penerangan dengan apa yang berlaku.Mereka hanya bercakap,tiada pergaduhan dan kekasaran yang berlaku.Apa yang menyedihkan aku,sanggup sekali pihak pentadbiran memanggil FRU untuk mendiamkan mulut mereka untuk berkata tentang keadilan.Ada yang ditahan digari.Aku masih cool...tarbiyah dari Allah..sedangkan Nabi yang bercakap di atas bukit Safa dicemuh dan dibaling batu dan najis inikan kita,hanya dikepung oleh manusia.Pengalaman yang berharga siapa yang ada kat situ.

Usaha kami bukan setakat memberi penerangan,kami bukukan bukti penyelewengan dan menghantar surat bantahan dan rayuan pada hari isnin minggu depannya.Tepat jam 5 petang keputusan rayuan dikeluarkan,kesedihan yang amat sangat aku tanggung dengan jawapan yang diberi,tapi macamana nak buat...orang yang membuat peraturan boleh je bagi jawapan ikut suka hati dia.Semangatku mula luntur...tapi aku gagahkan juga.Upacara berkabung bermula...demokrasi kampus sudah mati.Tuntutan kami untuk diadakan dialog bersama pengetua kolej dan pihak pelaksana tidak dilayan walaupun surat sudah dihantar.

Aku berbalik kepada tajuk entry aku,bertindak biar la kita faham.Demontrasi yang diadakan bukannya kerana suka ikut-ikut,tapi sebab kita mahu bagi tekanan sahaja pada pihak pentadbiran supaya jangan mainkan kami,kami mahukan PRK bersih tahun hadapan.Setiap event yang dilakukan,sesi penerangan dari kolej ke kolej bukan mahu memburukkan pentadbiran tapi untuk bagi kesedaran pada mahasiswa,kita golongan intelektual yang boleh berfikir perlu tahu apa yang berlaku,jangan jadi katak di bawah teko kaca.Belajar,belajar dan belajar.

Kenapa PRK perlu bersih dan telus?Kita mahu lahirkan pemimpin yang lahir dari sistem yang bersih,kalau menang dengan cara ugutan dan tak faham peraturan,nanti lahirla pemimpin yang korrup dan tak berintegriti.Kalau kami nak menang ada je cara kotor boleh buat,tapi kami tak mahu..kerana takut dengan alasan yang mahu diberi pada Allah.Aku suka terangkan kepada rakan-rakan aku,apa yang kita lakukan ni,biar dari kefahaman bukan membuta tuli.

Last sekali,hari tu aku pergi dialog antara agama kat DECTAR,dewan besar.Sejuk mata memandang,pelbagai kaum dan manusia join program tu.Kalaulah PMUKM yang dipimpin sekarang yang faham agenda yang dibawa sebagai mahasiswa yang berintegriti,tak hairan program-program ilmu macam ni mudah dilaksanakan.Wallhualam..


"Wahai orang2 yang beriman jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan,yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu." al-hujurat:6





Saturday, February 6, 2010

Emosi yang perlu diubat..

Semenjak dua menjak ni,hati ini mudah tersentuh dengan apa yang berlaku di sekeliling..rasa sedih,marah,takut dan macam-macam lagi.Setakat mana aku mampu mengawalnya.Marah dengan ketidakadilan yang berlaku,sedih dengan orang yang rapat dengan kita mulai menjauhi,takut suatu masa nanti tiada siapa di sisi(sahabat).Minggu ini sahaja berapa kali badan hilang keseimbangan ion-ion senang cerita pening kepala.Semua aku pulangkan kembali pada ketetapan Allah.

Cukuplah isu-isu semasa yang berlaku Malaysia membuatkan aku berfikir panjang mengenai masa depan Malaysia yang semakin punah kerana hilang nilai-nilai kemanusian dan keharmonian.Hak yang diberi kepada sepatutnya dinafikan(isu wang royalti dan wang ehsan Kelantan),kes pembakaran gereja dan kepala babi di surau (bermula disebabkan isu kalimah Allah),kurangnya orang islam yang tidak menghormati agama lain (kenyataan Dato'Nasir pegawai Dato Najib yang kontroversi) dan paling menyedihkan kes Saiful Bukhari yang saya rasa malu bila membaca setiap kenyataan yang dia buat dalam mahkamah.Ini belum dhiuraikan lagi politik Malaysia yang berlaku.

Seakan-akan dunia hari ini berbalik kepada zaman jahiliyah yang dulu.Terasa berat kaki melangkah dan berat lagi kepala menanggung.Aku masih di dalam kampus hanya memerhati,suatu masa nanti aku akan keluar mengalami perkara yang realiti.Cabaran di dunia realiti lebih hebat berbanding di dalam kampus.Betul la apa yang dikata oleh ustaz ustazah,kampus hanyalah medan latihan sebelum ke dunia luar.

Mengimbas kembali sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w,peritnya baginda menanggung sedih kehilangan bapa saudara dan isteri yang dicintai,sehinggakan Allah mengubat kesedihannya dengan berlakunya peristiwa isra' wa mikraj.Menaiki buraq yang terpilih dan dibawa naik ke langit melihat beberapa pengajaran kejadian yang berlaku,salah satunya melihat orang-orang yang memikul kayu-kayu besar di atas bahuny.Walaupun sukar membawanya,tetapi ditambah lagi bebanannya sehingga tidak terbawa.Jibrail memberitahu orang2 itu ialah orang yang suka menerima amanat-amanat orang tetapi tidak pernah disempurnakannya,malahan dia mahu menerima amanat2 lain kerana ketamakkannya.Terlalu banyak pengajaran yanng boleh diperolehi.

Tiap-tiap tahun aku tidak akan terlepas untuk mendengar kembali sirah ini walaupun perkara yang sama diulangi.Untungnya baginda diberi nikmat dan motivasi live dari Allah.Motivasi Nabi Muhammad samakin meningkat dengan nikmat dan anugerah yang dihadiah oleh Allah.Bagaimana pula aku?hanya insan biasa dibandingkan dengan baginda.Tetapi aku tetap bersyukur kerana dianugerahkan 2 nikmat yang besar islam dan iman.Aku takut nikmat ini ditarik oleh Allah dan menyebabkan aku masuk ke neraka,na'uzubillah.

Sekiranya aku bersedih seringkali aku merujuk kembali kesusahan,dugaan dan mehnah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad.Percayalah tiada dugaan dan cabaran yang lebih hebat selain baginda.Betullah apa yang disabdakan oleh baginda"Berpegangla kamu kepada dua perkara,maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah".
Satu nasihat dari kakakku "YB" yang tak jadi "YB"...sujud lama-lama sambil berdoa pada Allah kalau kita rasa sedih sangat.Tepat apa yang kakak aku cakap sebab dalam Al-Quran firman Allah
Surah AL-Baqarah :45
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan(solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

Satu lagu yang akak tu bagi kat aku "Laskar Pelangi"..suka lagu ni sebab harmoni bila mendengarnya.

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menakluki
Berlarila tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukur pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya

Cinta kita kepada hidup
Memberi senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukur pada yang kuasa
Cinta kita di dunia 2x

Selamanya