بسم الله الرحمن الرحيم
Sibuk sangat 2 minggu ni,sampai nak tengok blog pun tak larat.Tajuk entry di atas adalah tajuk satu novel motivasi bagi aku.Sayang Tak Terucap karya penulis novel yang tak asing di dunia penulisan Malaysia Nurhayati Ibrahim.Di sini aku tuliskan sedikit sinopsis novelnya.
Delilah adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dibesarkan oleh ibu,nenek dan datuknya yang buta.Masa kecilnya dihabiskan masa menemani ibunya berniaga untuk menampung kehidupan hariannya.Datuknya walaupun buta tetapi ayat-ayat Al-Quran ada di dalam ingatannya,seringkali menceritakan sirah-sirah anbiya kepada Delilah.Perwatakan Delilah berbeza dengan rakan-rakannya,hatinya cekal dengan dugaan yang datang.
Akhirnya dia berjaya menjadi doktor gigi dan mampu membuka kliniknya sendiri.Dipendekkan cerita ayah kandungnya berjaya menjejaki keluarga yang ditinggalkan.Dengan rasa sedih,kecewa dan rajuk yang berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris,lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu,nenek dan datuknya yang buta.
Delilah adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dibesarkan oleh ibu,nenek dan datuknya yang buta.Masa kecilnya dihabiskan masa menemani ibunya berniaga untuk menampung kehidupan hariannya.Datuknya walaupun buta tetapi ayat-ayat Al-Quran ada di dalam ingatannya,seringkali menceritakan sirah-sirah anbiya kepada Delilah.Perwatakan Delilah berbeza dengan rakan-rakannya,hatinya cekal dengan dugaan yang datang.
Akhirnya dia berjaya menjadi doktor gigi dan mampu membuka kliniknya sendiri.Dipendekkan cerita ayah kandungnya berjaya menjejaki keluarga yang ditinggalkan.Dengan rasa sedih,kecewa dan rajuk yang berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris,lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu,nenek dan datuknya yang buta.
Sekaya mana pun lelaki itu,masih tidak membuka pintu hatinya.Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya.Datuknya yang buta,tapi tidak buta hatinya. Datuknya buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.
Pun begitu,mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak guna sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan,menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Di bawa dirinya ke Mekah menunaikan umrah,di situ satu kisah pengorbanan dan kemaafan mengusik hatinya.Kisah Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya yang masih kecil,Nabi Ismail.
Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.
Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:
"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"
Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."
Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."
Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."
Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.
Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.
Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.
Delilah mual tersedar,kisah yang pernah diceritakan oleh datuknya.Dia menginsafi diri,"mampukah aku menjadi sperti Siti Hajar".Pulangnya dari umrah membawa sinar kemaafan pada ayahnya.Syarikat besar milik ayahnya diserahkan kepada anak kandungnya,Delilah.
Tatkala habis novel ini dibaca,ketika itu juga air mataku berlinang laju."Ya Allah Ya Tuhanku,lembutkanlah hati hambamu ini dan jadikanlah aku setabah Siti Hajar"
assalam, my sis..dont worry, i already read that novel n already understand the "makna tersirat"..that what im try to share with u that b4 this at FB." yg tsurat xsmestinya yg tsirat malahan yg tsirat juga x smstinya yg tsurat..fahami dan telusi dr pandangan hati dan mata...bicara dan tinta saling mmerlukan,agar ampuh makna yg tsurat dan tsirat...". may Allah will strengthen n smoothen our journey,amin..
ReplyDeletewslm,insyaAllah..tambahkan iman..semoga apa yg berlaku memberi kita seribu satu hikmah untuk kita lebih kuat...Allah always knows the best to us
ReplyDeletekadang2 kita berdoa utk kuat tp dugaan pula yg mndatang,kadang2 kita minta kesenangan tp masalah yg btndang, kadang2 kita minta kbahagian tp huru hara pula yg mngundang.dugaan mnjadikan kita kuat, msalah mnjdikan kita bfikir, huru hara mjdikan kita tabah. telah bkata Jibrail a.s "Whai Tuhan,Engkau sampaikan hajat hambaMu", maka Allah mjawab: "(Biarkan hambaku itu,kerana Aku mencintai rintih suaranya)" -Anas b Malik
ReplyDelete