Wednesday, February 17, 2010

Masih ada masa untukmu


بسم الله الرحمن الرحيم


Begitu sukar untuk aku mulakan bicaraku pada kali ini,mengorek semula kenangan yang berada kotak minda untuk dikongsikan pada para pembaca.
Kisahnya bermula di sini...

"Aku datang sekolah ini pun sebab mak ayah aku yang suruh,kalau diikutkan hati aku tak nak belajar dah"kata-kata seorang teman aku selepas beberapa bulan berkenalan.Dia mula tidak segan untuk bercerita lebih dalam kisah peribadinya padaku.Aku mendengar dengar teliti..."aku kesian sebenarnya kat mak ayah aku,banyak sangat aku susahkan diorang.Selalu je sebelum ni,aku lari rumah,agaknya diorang tak tahan diorang hantar aku kat sini" kalau kau lari rumah kau duduk umah sape?.."rumah boyfriend aku"dia menjawab..dalam hatiku cuma beristighfar panjang."Kau nak tahu satu perkara tak?"."Apa dia?Kalau kau nak tahu aku pernah gugurkan anak 2 kali.Sakit memang sakit tapi macamana nak buat aku tak ready lagi nak jaga anak."Ya Allah,betul ke yang aku dengar ni,mak ayah kau tahu tak ni?dia pun jawab macamni,mak ayah aku tahu je,pernah je diorang cari aku kat umah boyfriend aku pujuk balik,mak aku menangis ayah aku tak tahu nak buat macamana dah,diorang dah tak larat marah aku."Ya Allah bukakan pintu kawanku ini untuk kembali semula di jalanMu"

Aku hanya mengeleng,terkejut,sedih dan takut dengan apa yang aku dengar.Aku tak pernah jumpa mak ayah dia ni,tapi aku dengar mak ayah dia memang baik sangat.Mak ayah member aku ni tak abis belajar,mungkin salah satu faktor menyebabkan anak dia jadi macam ni.Sebab apa aku cakap macam ni,faktor utama perkara ni boleh berlaku sebab mak ayah kurang tahu atau jahiliyah bab-bab agama ni.Didikan agama yang diberikan kat anak-anak kurang.

Aku nampak perubahan pada diri dia,rajin dia membaca al-quran sebelum tunggu azan maghrib semasa berkumpul di surau blok asrama.Walaupun bacaan merangkak-rangkak.Dia aliran vokasional,boleh dikatakan cepat pick up dalam bab pelajaran,selalu juga dia minta aku ajar matematik moden,salah satu subjek sama dengan aku.Walaupun kadang-kadang ada solat yang ditinggalkan tapi aku cuba sedaya upaya mengingatkan dia perkara-perkara wajib yang perlu dibuat.Alhamdulillah dia dengar nasihat aku,dia bukannya macam sesetengah member dalam dorm aku yang susah ditegur bila bab-bab fardhu ni.

Pada suatu petang yang damai...aku terdengar kecoh-kecoh dari blok asrama aku.."wei korang nak tahu "....." lari pegi landasan kereta api nak bunuh diri." Aku mula mencari kesahihah berita,aku sibuk bertanya kepada member-member yang melihat perkara ini.Ada sorang kakak pengawas dia mengiakan kejadian tersebut "kalaula akak tahu cikgu hensem yang selamatkan "......" akak pun nak g bunuh dirila..hahha" main-main pulak akak ni,aku tengah risau apa yang berlaku dia ni plak gatal pasal cikgu muda yang selamatkan member aku ni dari bunuh diri...Fuhh memang dashyat.Aku berasa sangat bersalah,aku kurang mendampingi dia kerana terlalu sibuk dengan pelajaranku,aku hanya boleh memerhati dan berbual sesekali dengannya kerana kami bukan dari kelas yang sama.

Esoknya,mak ayah dia datang jumpa pengetua.Dia kena kaunseling sikit.Akhirnya keluarga dia buat keputusan untuk berhentikan dia dari sekolah.Sedih hati hanya Allah yang tahu.Aku tak tahu apa akan jadi kat member aku lepas ni.
Kebanyakkan member-member aku yang dihantar ke sekolah ada masalah keluarga,contohnya family broken,sehinggakan dia larut dengan boyfriend dia,tapi dia ni untung sikit sebab family dia kaya.Aku rasa bersyukur dan beruntung sebab Allah tempatkan aku kat sekolah ni supaya aku mendapat pengajaran dan ibrah apa yang terjadi.Hikmahnya terlalu besar.Realiti yang sukar untuk diterima.



Adakah pintu taubat tertutup bagi mereka?tidak kerana Allah Maha Pengampun asalkan mereka bersungguh-sungguh bertaubat kepadaNya.Aku pernah berbincang dengan sahabat-sahabat aku ini tentang pembuangan bayi.Satu statement yang aku suka sangat dengar dan menjadi muhasabah bagi aku "saya pernah melihat orang melakukan dosa besar,diakhir hayatnya dia bertaubat dan menjadi orang yang soleh..tapi kita tak tahu akhir hayat kita sama ada baik atau buruk,semoga Allah tetapkan kita dalam islam"

Di sini dapat kita simpulkan keluarga bahagia yang cukup dengan didikan agama amat penting untuk lahirkan anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah.Keluarga yang berpecah boleh menyebabkan bermacam-macam kemungkinan yang negatif tetapi kita pulangkan semula pada setiap iman individu.Jalan taubat masih terbuka untuk semua orang kerana Allah Maha Penyayang.Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganla kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"








No comments:

Post a Comment