Monday, November 30, 2009

Akhlaq itu Bukan Lalang



Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

Sumber dari : Saifulislam.com

Friday, November 27, 2009

Kerbau Oh Kerbau!!!

Mengimbau kembali tazkirah atau peringatan yang diberi oleh seniorku di dalam bilik tutor membuat bulatan menuntut penumpuan yang lebih untuk mendengarnya.
Nama panggilan untuk seniorku kak Aidil.

" Adik-adik pernah dengar satu cerita tak pasal Pak Samad dan kerbaunya?" Kami menjawabnya belum pernah. Dia meneruskan ceritanya. Kerja Pak Samad adalah seorang petani. Tiap-tiap pagi selepas subuh,Pak Samad akan bekerja menanam pelbagai tanaman;bendi,kangkung,lada merah dan lain-lain. Bila tengahari Pak Samad akan balik ke rumahnya untuk makan tengahari.Berhenti untuk berehat dari penat.Selepas itu,sambung balik kerja membaja,menanam dan menyiram tanaman. Bila dah petang dalam kul 5 lebih,Pak samad akan berhenti bekerja dan pulang ke rumah. Bila malam tiba masanya diluangkan untuk anak-anak dan isteri.

Ok,sekarang cerita kerbau Pak Samad pulak. Pak Samad ada seekor kerbau betina, jantan dan 2 ekor anak kerbau. Kerbau Pak Samad kerjanya pulak membajak tanah untuk mengemburkan tanah tanaman Pak Samad,bila Pak Samad berehat kerbau ni juga berehat makan rumput. Bila habis perkhidmatannya digunakan,kerbau ini akan masuk ke dalam kandangnya. Kerbau ini juga ada anak-anak untuk bermain dan bermanja."

So, akak nak tanya apa beza Pak Samad dan kerbaunya? Siapa boleh jawab, akak tak nak jawapan bezanya Pak Samad manusia dan kerbau binatang.Kami senyap tanada mencari jawapan bagi soalan ini.

Baiklah kalau tak ada siapa yang bagi jawapan,maka betulla Kehidupan Pak Samad dan kerbaunya tak ada bezanya. Betul tak?... BETUL... BETUL... BETUL



....................................................................................................

Saya kembalikan kepada pembaca sekalian,apakah tujuan hidup kita di dunia ini? adakah seperti Pak Samad,tidur,bekerja,makan dan keluarga semata-mata? Sekiranya begitu tiada bezanya kita dengan kerbau. Mengejar kekayaan sehingga hidup senang,selepas jadi senang apa arah tujuan kita?

Ingin saya ingatkan pada pembaca sekalian tujuan kita ada 3 iaitu sebagai hamba Allah,daei dan khalifah.Seperti mana dalam firman Allah:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu Az-Zariyat:56

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.Sad:26





Sebagai muhasabah pada diri dan ingatan untuk pembaca,cukupkah kita mengejar kejayaan di dalam pelajaran hanya kerana semata-mata pekerjaan. Jadikanlah,Nabi Muhammad sebagai ikutan, tidak pernah jemu dalam menyeru manusia ke arah kebaikan dan mengenal islam agama yang indah. Mengenalkan manusia tentang agama tauhid berlandaskan akidah tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Sama-sama kita bangunkan umat islam pada akhir zaman ini yang penuh dugaan dan pelbagai masalah akidah. ISLAM IS THE WAY of OUR LIFE.

Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan yang perlu dicontohi

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah...
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah...
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata redha & meyakini bahawa diri ini adalah milik Allah..
Antara perintah& runtunan jiwa menjadi pilihan..
Semoga pergorbanan keluarga ini memberi kekuatan kepada hati kita untuk terus istiqamah dalam PERJUANGAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, November 17, 2009

Cuti yang perlu dimanfaatkan

Ada lebih kurang sebulan cuti sem ku yang berbaki.Kerja persatuan yang masih tertangguh perlu aku siapkan sebelum naik pimpinan yang baru. Melepaskan jawatan bukan perkara mudah dengan bermaksud meninggalkan segalanya. Dokumentasi setiap gerak kerja perlu direkodkan supaya mudah menjadi rujukan yang akan datang.Muhasabah sepanjang perjalananku bergelar pimpinan persatuan perlu dilakukan supaya tidak diulangi bagi sahabat yang bakal mengantikan tempatku.

Selalunya cuti-cuti sem ni aku buat apa ye? Perkara biasa yang selaloonya wat pegi bertandang dan bermalam di rumah mak tehku di Pengakalan Balak,Melaka. Tempat di mana banyak mendidik diri mengenal islam. Kalau cuti sekolah je aku tak miss pegi rumah mak teh aku ni,kenapa ye?salah satu sebabnya dekat ngan pantai.huhuu best sangat,dari UPSR sampai result final sem UKM aku mesti meluahkan suka duka di pantai ini.

Rumah mak teh aku ni pun dijadikan PASTI di kawasan itu. Sempat menjadi teacher,ustazah dan cikgu kat sana.Masa mengajar kat sana semua orang confius aku ni kakak pelajar atau cikgu...hihi.Banyak pengalaman yang aku dapat masa jadi cikgu kat sana. Betul la kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biar dari kecil lagi. Doa-doa harian menjadi sebutan bagi murid-murid aku kat sini.Nak tido baca doa,nak masuk dan keluar tandas pun baca doa. Amalkan sunah nabi ni boleh dekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul,SubhanaAllah. Pagi aku jadi cikgu dan teacher,bila petang aku jadi ustazah mengajar adik-adik baca iqra',pak cik aku pula mangajr Al-Quran. Semua orang takut p.cik aku ni sebab garang sangat.Ingat lagi kata-kata mak teh "kalau ikutkan kat sini ramai je boleh baca Al-Quran tapi tak ramai yang tahu ilmu tajwid",betul sangat apa yang mak teh aku cakap.

Family mak teh hanya bergantung pada mengajar manusia mengenal huruf yang mana boleh mengenal Allah.Alhamdulillah sekarang ni,mak teh dah boleh bukak 2 buah PASTI,satu untuk 5 dan 6 tahun dan satu lagi untuk 3 dan 4 tahun. Mak teh bukak jugak nursery jaga bayi.Petang buka kelas KAFA,hidup mak teh sekeluarga sangat sederhana,betul la rezeki milik Allah yang penting kita usaha dan yakin pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Family aku pun kalau cuti-cuti suka sangat pegi sana,sedangkan rumah mak teh aku tu simple je,sofa takde,tv pun kadang elok kadang tak,komputer pun yang versi Microsoft XP 2000. Family mak cik aku pon jenis yang menerima semua orang,layan kitorang macam anak sendiri.



Selain itu,cuti macam ni,aku selalo buat research tentang macam-macam perkara.Masa kat MRSM dulu kami akhir sem kami diberi tugasan untuk buat projek ala-ala thesis. Masa tingkatan 4 aku buat research pasal makanan dan penyakit.Aku kumpul bahan dari majalah CNI (syarikat yang jual barangan kesihatan) yang tiap -tiap bulan family aku dapat sebab jadi ahli.Aku bukukan sebagai rujukan. Banyak aku ilmu aku dapat.Masa tu excited sangat,yela masa tu cita-citaku jadi pakar pemakanan islam.

Cuti ni aku akan teruskan research pasal minuman pulak iaitu teh.Kenapa ye,teh boleh meyebabkan badan menjadi tak selesa,senang cerita berangin. Kalau ada program,minuman paling mudah urusteia sediakan adalah teh,selagi nama teh aku takkan minum,rela haus dari perut sakit.

Sesuai la dengan ayat Al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujurat:6




Satakat ni,klu dah siap research insyaAllah saya cuba post dalam blog ye.

Sunday, November 15, 2009

Titipan Doa Buat Sahabat



Sahabat
Begitu lama mencari sahabat sehebat Saidina Abu Bakar,

Akhirnya kutemui juga,

Mengenalimu satu anugerah bagiku,

Suka dan duka kita bersama,

Masuk tahun ini genapla 3 tahun aku aku megenal dan memahami mu sahabt,


Sahabat

Duka yang dialami ditanggung bersama,

Berada di kolej yang sama lebih merapatkan kita,

Tak pernah jemu kau melayan kerenahku,

Setia mendengar walaupun kau penat mendengar ceritaku,

Melukai hatiku jarang sekali apatah lagi membuatku menangis


Sahabat

Pernah berlaku krisis yang besar di kalangan “kita”,

Sehinggakan wujud 2 kelompok yang besar,

Aku kira inilah dugaan yang besar yang perlu hadapi,

Mengembalikan ke keadaan yang sebenar bukanla perkara yang mudah,

Mujur ada kau di sampingku,membuatkan aku lebih kuat menghadapinya dengan izin Allah


Sahabat

Banyak aku belajar dirimu,

Ketenangan dan lemah lembut dlam bicara memberi kesan pada hati

Masalah ummah dibincang bersama dan mencari penyelesaian

Idea yang bernas dilemparkan membuatku sentiasa berfikir


Sahabat

Kini aku diberi amanah dari manusia,

Membuatkan kita jarang bersama,

Aku dengan kerjaku dan kau dengan kerjamu,

Walaupun amanah ini menjarakkan kita,

Kau tetap menjadi tempat luahan masalahku,

Tapi aku sedih kau lebih banyak memendam lebih daripada meluah

Mungkin aku bukan yang sesuai untuk mendengarnya

Tetapi aku tetap berlapang dada,

Tidak semua benda boleh dikongsi


Sahabat

Baru-baru ini aku mendengar berita sedih dari sahabat kita yang lain,

Kau menghadapinya berseorangan tanpa aku tahu,

Ujian untukmu hebat, di kala manusia sibuk bertempur di medan peperiksaan

Kau sibuk berperang dengan perasaan risau

Aku harap kau tabah menghadapinya,

Maafkan aku sahabat,sudah lama aku tidak bertanya khabar darimu,

Membuat jarak kita semakin bertambah

Walaupun apa terjadi aku tetap mengiktirafmu sabagai sahabat rapatku,


Sahabat

Aku hanya boleh berdoa dari jauh akan keadaanmu sekarang

Aku cuba memahami mungkin pada masa ini kau perlukan ketenangan

Aku juga tetap berdoa sekiranya benar aku sahabatmu

Berila ruang untuk aku membuktikannya.InsyaAllah

Tuesday, November 10, 2009

Pulangkan hak kami

“Pulangkan hak kami, lama sudah kami bersabar” laung penduduk kampung itu kepada pihak yang sepatutnya memberikan wang hasil penat lelah mengusahakan ladang di Kampung Ihsan.Mereka hanya mendapat gaji seorang petani biasa dengan gaji rm800 sebulan,sedangkan mereka boleh dapat lebih dari itu “Lama doh demo sabor dengan puak-puak ni” jerit ketua kampung. Aku hanya melihat dari jauh mencatat apa yang perlu sebagai tugasan yang disiapkan yang diberi oleh bos. Esok berita ini kena siar,aku kena cepat dapatkan maklumat dari penduduk kampong. Lebih kurang 20 orang penduduk kampung berkumpul di depan pejabat daerah memegang sepanduk “Lamo Doh Kami Tunggu”,tak kurang juga ada golongan wanita menyertai perhimpunan menuntut hak mereka. “Bos ni pun satu,aku mana suka pegi demonstrasi ni,bising lepas tu tengok plak orang marah-marah,panas lagi satu sabar jela” keluh aku.

Segerombolan pihak polis datang cuba meleraikan perhimpunan itu,tapi tak berjaya. Kagum aku dengan penduduk kat sini,walaupun diprovok oleh pasukan yang memakai baju seragam bergelar polis tetap dengan pendirian mereka untuk mendapatkan hak mereka. Tak lama kemudian, keluar seorang pegawai daerah, aku dengan secepat kilat pergi ke arahnya supaya dapat mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pegawai itu. Awang itu la nama yang tercatat pada “nametag” pemuda itu.

“ Bawak bertenang tuan-tuan dan puan-puan sekalian, baiklah saya akan terangkan perkara yang sebenar. Begini,kami akan berikan duit hasil penat lelah tuan-tuan dan puan-puan sekalian tapi dengan sekadarnya sahaja atau dikenali sebagai wang ihsan,harap hadirin semua boleh bersyukur apa yang diberikan oleh kami,beruntung kami bagi dari kami tak bagi”…penduduk lagi kuat teriak dengan kenyataan yang diberi oleh Awang. Panas juga telinga aku dengar.

“Kenapa hanya bagi wang ihsan,dah lama kami sabar,kami mahukan wang yang sebenar..kami dah berikan hasil ladang kami pada kalian tapi apa yang kami dapat,penat ada la. Wang ihsan tak sama dengan wang hasil titik peluh kami” jerit Aziz lelaki muda yang berani bersuara,aku kira lebih 20-30 an umurnya.Hebat kampong ni puji aku dalam diam.

“Setakat ini sahaja saya boleh jelaskan,saya dapat arahan dari orang atasan. Harap semua boleh terima dengan hati terbuka” jawab Awang. Sekarang aku dah boleh mula menulis laporan aku mengenai kejadian di sini. Peluh di dahi semakin banyak megalir di mukaku, kukesat dengan sapu tangan rama-rama yang diberi oleh abangku. Aku kena jujur,ramai yang akan baca suratkhabar ini..kalau aku menipu maka tertipula rakyat kat Malaysia ni.

“Ok,kalau macam tu saya akan bawa hal ni ke mahkamah,bukan sebulan atau dua kami bersabar dah 19 tahun,sangat lama”kata-kata itu diluahkan oleh ketua kampong di situ. “Terpulang la pada pak cik, jangan mempolitikan isu ini sudah,seperti saya cakap bersyukur apa kita dapat,sepatutnya berterima kasih bukannya berlawan dengan menghantar isu ni kat mahkamah” inila jawapn yang diberi oleh Awang.

“Baik kalau itu jawapan encik,saya akan bawa isu ni ke mahkamah.Ini bukan sebab politikkan isu tapi ini kerana hak dan maruah kami,kami berhak tuntut,kami ada anak dan keluarga untuk disara,hidup kami tak senang macam encik” tersentuh hati aku mendengar rintihan seorang ketua menuntut hak bukan kerana dia tapi untuk anak buahnya.

Sambil tangan mencatat laju apa yang berlaku di sini sempat aku merakam serba sedikit perjuangan orang kampung di sini dengan kamera digital yang baru dibeli minggu lepas. Lepas ni aku tak akan merungut lagi dengan bos,kerja yang diberi ini memang memberi kesan pada hati aku.Pengalaman yang amat berharga bagi aku. Alhamdulillah.





………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Cerpen ini hasil daripada pembacaan isu semasa yang berlaku dua atau tiga hari. Isu semasa yang seharusnya kita umat islam perlu tahu bukan kerana orang melayu semata-mata.
Adakah sama wang royalti dan wang ihsan@wang kesian?
Jawapannya tidak sama.Ini kerana wang royalti ialah 5% daripada hasil petroleum oleh negeri yang mengeluarkan hasil petroleum dari pengairannya manakala wang ihsan adalh wang sedekah dari kerajaan bagi menyedapkan hati rakyat Kelantan
Kita sebagai umat islam dan warganegara Malaysia kena tahu undang-undang dan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang aman ini.
Cuba kita teliti dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W.Selama baginda dan umat islam berada di Mekah,kaum muslimin sentiasa ditindas dinafikan hak untuk membeli barang,dinafikan hak untuk berkahwin sehinggakan terpaksa berlapar.Tidak kurang juga harta kaum muslimin dirampas oleh kaum musyrikin.Sungguh menyedihkan apabila menghayati sirah nabi.Tidak cukup di Mekah selepas kaum muslimin berpindah ke Madinah..mereka tetap ditindas dengan berlakunya perang Badar sughra.Di bahwa pimpinan Kurz bin Habbab Al-Fihri, mereka memprovokasi kaum musyrikin lainnya untuk menyerang dan menguasai harta benda milik kaum muslimin yang ada di Kota Madinah.Pada hari yang dinantikan bulan 17 Ramadhan, Badar Kubra yang dianggotai oleh 313 kaum muslimin bagi menuntut kembali hak yang selama ini dinafikan,Nabi Muhammad mengajak kaum muslimin untuk memerangi kaum musyrikin yang selama ini memusuhi mereka.

“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan kepadamu bala bantuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” (Q.S.An Anfal:9)

Ayat di atas meneguhkan lagi hati-hati kaum muslimin untuk menuntut hak mereka.Cuba kita hayati dan hubungkan peristiwa di zaman nabi dan masa kini. Banyakkan membaca dan meneliti apa yang berlaku sebelum membuat kesimpulan.

Cukup untuk kali ini...cuba yang terbaik untuk mengulas isu semasa



Saturday, November 7, 2009

Permulaan menanti Pengharapan



Alhamdulillah akhirnya aku berjaya membuat blog yang selama ini bermain-main di kotak fikiran.Sebelum terhasilnya blog ini, begitu pendapat aku kutip dari kenalan rapat...Soalan yang menjadi menjadi pilihan untuk dilontarkan kepada sahabat-sahabat ku “Perlukah saya membuat blog?”..dan begini jawapannya,terpulang pada awak la tapi first sekali kena ada matlamat..kerja tanpa matlamat sia-sia dan boleh ke awak istiqamah? Yang lain plak jawab buat je aisyah update atau tak yang penting buat, boleh je update sebulan,seminggu sekali asalkan buat.

Kotak fikiranku cuba mencari-cari jawapan,mengerakkan saraf-saraf neuron di dalam otak mencari jawapan..
Ha’ah ini la jawapanku,media adalah medium yang sangat penting untuk meyampaikan dakwah islam.Rata-rata manusia di muka bumi ini nak atau tidak terpaksa mengakui media ini, laman web,internet adalah salah satu sumber mencari maklumat dengan media segala peristiwa dapat kita tahu..dirakamkan samada dengan formal atau tidak.Yes! istiqamah atau tidak bergantung pada keazamanku,kepekaan aku tentang hal di sekeliling.

Bagi meneguhkan cita-citaku..ari tu 1/11/2009 aku meyertai Bengkel Penulisan khas untuk perempuan sahaja..Seronok menerima ilmu dari dari penulis kecil molek Ummi Hani Abu Hassan..Bagi yang tidak mengenalnya,penulis telah berjaya membuat buku-buku penulisan kreatif samada bibligrafi Siti Madihah dan cerpen pendek lebih kurang 10 buah dselitkan dalam akhbar Mingguan..
“Rupa-rupanya ada lagi yang lebih kecik dari aku, akak ni kecik je tapi bila dengar pengalaman dan ilmu yang disampaikan sangat mantap...tetiba aku plak yg kecik dari dia..huhuh” Bak kata pepatah kecik-kecik cili api..”Bakat hanya 5% untuk bidang ini yang lain kita mesti ada keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berdakwah melalui bidang ini” kata-kata kak Ummu.

Satu rangkap kata yang aku tak boleh lupa dari kak Ummu..” Mungkin daripada 20-30 orang yang membaca hasil kita ada seorang dua yang diberi hidayah oleh Allah dan terusik dengan kata-kata nasihat atau tarbiyah yang kita cuba berikan kepada mereka dan mereka diberi taufiq untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik..tulislah dari hati” Betul apa yang dikatakan oleh kak Ummu.Satu lagi penulisan dan pembacaan perlula seiringan

Ya Allah bukan kerana nama aku menulis tapi sekiranya penulisan ini dapat mengerakkan hati-hati untuk kenal dan cinta islam dan Mu maka berikanku kekuatan untuk istiqamah dalam kerja dakwah ini...