Saturday, November 7, 2009

Permulaan menanti Pengharapan



Alhamdulillah akhirnya aku berjaya membuat blog yang selama ini bermain-main di kotak fikiran.Sebelum terhasilnya blog ini, begitu pendapat aku kutip dari kenalan rapat...Soalan yang menjadi menjadi pilihan untuk dilontarkan kepada sahabat-sahabat ku “Perlukah saya membuat blog?”..dan begini jawapannya,terpulang pada awak la tapi first sekali kena ada matlamat..kerja tanpa matlamat sia-sia dan boleh ke awak istiqamah? Yang lain plak jawab buat je aisyah update atau tak yang penting buat, boleh je update sebulan,seminggu sekali asalkan buat.

Kotak fikiranku cuba mencari-cari jawapan,mengerakkan saraf-saraf neuron di dalam otak mencari jawapan..
Ha’ah ini la jawapanku,media adalah medium yang sangat penting untuk meyampaikan dakwah islam.Rata-rata manusia di muka bumi ini nak atau tidak terpaksa mengakui media ini, laman web,internet adalah salah satu sumber mencari maklumat dengan media segala peristiwa dapat kita tahu..dirakamkan samada dengan formal atau tidak.Yes! istiqamah atau tidak bergantung pada keazamanku,kepekaan aku tentang hal di sekeliling.

Bagi meneguhkan cita-citaku..ari tu 1/11/2009 aku meyertai Bengkel Penulisan khas untuk perempuan sahaja..Seronok menerima ilmu dari dari penulis kecil molek Ummi Hani Abu Hassan..Bagi yang tidak mengenalnya,penulis telah berjaya membuat buku-buku penulisan kreatif samada bibligrafi Siti Madihah dan cerpen pendek lebih kurang 10 buah dselitkan dalam akhbar Mingguan..
“Rupa-rupanya ada lagi yang lebih kecik dari aku, akak ni kecik je tapi bila dengar pengalaman dan ilmu yang disampaikan sangat mantap...tetiba aku plak yg kecik dari dia..huhuh” Bak kata pepatah kecik-kecik cili api..”Bakat hanya 5% untuk bidang ini yang lain kita mesti ada keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berdakwah melalui bidang ini” kata-kata kak Ummu.

Satu rangkap kata yang aku tak boleh lupa dari kak Ummu..” Mungkin daripada 20-30 orang yang membaca hasil kita ada seorang dua yang diberi hidayah oleh Allah dan terusik dengan kata-kata nasihat atau tarbiyah yang kita cuba berikan kepada mereka dan mereka diberi taufiq untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik..tulislah dari hati” Betul apa yang dikatakan oleh kak Ummu.Satu lagi penulisan dan pembacaan perlula seiringan

Ya Allah bukan kerana nama aku menulis tapi sekiranya penulisan ini dapat mengerakkan hati-hati untuk kenal dan cinta islam dan Mu maka berikanku kekuatan untuk istiqamah dalam kerja dakwah ini...

2 comments:

  1. Bila kita buat blog,scr xlngsung kita pun kn banyak mbaca, kn byk hadiri mjlis ilmu, n kn ada maklumat.. jd, ia mmberi kita dorongan utk tingkatkan ilmu kita.. krn 'Faqdu syaik la yu'thi'. Tahniah sekali lagi syah..! =) Moga blog mjadi wasilah mmbaiki diri.

    ReplyDelete
  2. Syukran..slah satu juga matlamat sy wat blog ni..berkongsi perlu ada isi

    ReplyDelete