Friday, September 21, 2012

Perihal Kerja

Bismillahir rahman rahim...

Ayat biasa pada permulaannya, sudah setahun tidak mengemaskini blog ini, mungkin terlalu menumpukan pada medium mukabuku(fb). Buat pengetahuan semua saya akan mengunakan bahasa melayu tinggi untuk penulisan blog ini..hihi

Pejabat Adun
InsyaAllah tepat 14 Nov 2012 maka cukuplah 2 tahun aku berkerja ni Pejabat Dun Bangi, YB Dr Shafie. Seusai habis ijazah, aku sibuk mencari kerja, satu tujuannya aku mahu duduk tinggal di Bangi dan bergerak kerja di kawasan ini. Aku takut bila balik kampung, peluang bergerak kerja apabila tinggal di kampung akan terbantut. Seorang daei dan ahli harakah, aku harus berusaha mencari pelbagai cara asalkan masih dapat bergerak kerja dengan jemaah islam. Maka di sini Allah campakkan. Banyak pengalaman bertemu dengan masyarakt marhaen mahupun YB-YB yang ternama. Bersyukur sangat dapat bekerja dengan pemimpin yang mementingkan kebajikan rakyatnya. Aku salute dengan mereka semua...tiada istilah kronisme atau rasuah.

Persepsi keluarga
Mahu atau tidak mahu, memang aku tak dapat nak elak persepsi keluarga mengenai kerja aku sebagai kerani di pejabat Adun. Yela, belajar tinggi-tinggi kerja sebagai kerani sahaja. Aku tak hiraukan semua persepsi, 8.30pg-5.30 petang aku berkerja di pejabat, malam menjelma aku bertukar menjadi penyelia tuisyen dan ustazah mengajar Al-Quran. Alhamdulillah gaji aku sama macam gaji seorang graduan ijazah. Sibuk macamana pun aku bekerja, aku akan pastikan pengisian rohani tidak tinggal, kuliah ilmu 2-3 kali pasti aku tadah. Leka dengan dunia itu sangat bahaya. Menjenguk mak ayah dan memberi sedikit duit gaji pada mereka itu satu ibadah yang wajib bagi seorang anak. Abang dan kakaku tak banyak bunyi, dia tahu adik dia boleh berdikari

Bisnes dan Keperluan
Kancil putih insyaAllah bulan Disember 2012 aku habis bayar pada abang yang baik hati, dengan harga jualan RM6500, deposit RM3000 dan duit bayaran bulanan RM250. Syukur pada Allah yang melimpahkan rezeki. Semenjak dari matrik aku sudah mula berniaga, keluarga semua yang kaki bisnes. Perancangan kewangan kena ada kalau bermimpi nak dapat henpon canggih laptop dell, baju cantik dan kasut tahan lama. Setiap  gadjet atau barang yang aku nak sangat sebagai keperluan, aku akan letakkan target berapa untung berniaga untuk beli barang-barang tersebut. Barang yang paling obses setiap kali membeli ialah buku, wajib satu bulan 1 atau 2 buah buku dibeli untuk baca. Rak buku di rumah sewa untuk buku aku ada 2( banyak tak habis baca lagi). Kadang-kadang sanggup beli secara online untuk dapatkan buku tersebut. Laptop Dell yang aku guna sekarang hadiah dari kakak dewan muslimat kat sini,(semoga Allah melapangkan rezeki kakak tu).

Kerja Baru
Segala Puji bagi Allah, 2 minggu lepas baru ditemuduga untuk jawatan guru kimia di sekolah tahfiz swasta, seksyen 9. InsyaAllah kata penemuduga boleh dapat dan bagi jawapan secepat mungkin(doakan saya kalian). Mahu menimba ilmu baru, itulah tujuan aku bertukar kerja. Masa muda jika hanya bermain fb dan membuang masa menghadap laptop, baik aku bertukar kerja. Rugi kiranya idealisme, ilmu dan pengalaman berorganisasi di alam kampus tidak digunakan sebaik mungkin. Kerja baru ini medan mencari redha Allah.
Jangan Bazirkan masa muda kita, gunakan semaksimum yang mungkin untuk ummah. Semoga Allah mendatangkan kecintaan lebih mendalam  pada Al-Quran bila mengajar di sini

Dilema wanita
Fresh graduan muslimat seringkali dilanda dilema 2K (Kerja dan Kahwin), tidak boleh lari. Jodoh itu rahsia Allah, bila tiba masa dan orangnnya Allah akan hantarkan seorang pendamping dunia dan akhirat pada kita. Kata orang bila muslimat dah berkahwin sudah tidak perlu bekerja terlalu keras kerana tumpuannya pada rumah tangga. Kerja biasa-biasa pun tidak mengapa. Lain pula orang bujang macam aku, kerja kena kuat dan bagus baru boleh survive dalam dunia ni. Doakan sahaja untuk aku teman.

Impian
Tidak mahu terlalu mencoret bermacam-macam impian, ada orang rimas mendengar impian-impian kita, katanya banyak sangat impian tapi tiada yang tercapai. Endah kan la kata-kata orang, tujuan aku berkongsi impian supaya menjadi peringatan pada telinga, jangan hanya bercakap tapi kena laksanakan. Mana tahu orang yang mendengar impian mendapat idea untuk mencipta impian yang sama atau lebi kurang..

Cukup itu je kot dalam mencoretkan idea dan luahan

Sebagai peringatan untuk aku "Hidup ini terlalu pendek untuk kamu bersedih"-pesan abi

No comments:

Post a Comment