Sunday, January 24, 2010

Ada aku kesah?

Bismillah pemula bicara....macam biasa cukup seminggu aku akan cuba update blog ni,walaupun takde benda sangat nak dicoretkan,tapi aku cuba yang termampu...

Setiap tahun tampok pimpinan akan berubah,baru jumaat hari tu aku turun jawatan,bila muhasabah diri balik,apa jela yang aku tolong untuk islam..2 program yang tak seberapa...tapi semua ini aku letakkan pada nilaian Allah.

Kalau tak salah aku,tak lama lagi pimpinan paling atas dekat universiti ni tak lama akan bertukar juga.Pilihan raya kampus menjadi tajuk hangat.Entry kali ini,aku akan kongsikan pengalaman aku masa tahun pertama sertai pilhanraya kampus.

Masa aku first year aku tinggal kat Kolej D,kolej yang kecil dan serba sederhana.Semua first year masa tu,wajib duk asrama,kedudukan asrama kat kolej ni macam bentuk bulatan,so apa yang kita buat depan bilik kita sekeliling boleh nampak,strategik tak kolej aku ni...huhuhu...memahami dengan lebih mendalam..

Tibalah masa PRK,masa tu bulan ramadhan,so macam biasa aku slaloo buka puasa dan solat terawikh kat masjid...lepas abis tarawikh aku join budak-budak ungu ni berkempen...cari pengalaman..Lebih kurang 11 lebih kempen habis,so aku,Syamila dan 2 orang lagi senior aku balik ikut tangga belakang...masa naik tangga nak masuk kawasan kafe kolej,aku nampak beberapa batang tubuh berpakaian hitam berkumpul kat depan tangga tu,aku jadi cuak,nasib baik senior aku pandai mainkan peranan."Jangan takutla,biasala tu "gagak hitam" berjaga waktu malam.Sampai je kat atas tangga tu,diorang pun tanya,"dari mana ni kak"? kitorang jawab dari tadarus kat masjid...memang betul pon ada tadarus kat masjid before berbuka tadi...dia bagi je kitorang jalan..dalam fikiran aku "apa motif diorang duk sini"..takut budak2 ungu kempen kat kolej la ni,apa-apa je la.Aku perasan jugak ada budak first year join "geng gagak hitam" ni.Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Maka tiba la saat-saat yang dinanti,geng ungu berkempen di kolej aku..kami macam biasa akan masuk ke kolej untuk berkempen secara aman,tapi nak dipendekkan ceritanya kami tak dapat tembus kawasan asrama budak-budak tahun 1 ni,semua pagar baik asrama atau plalet dikunci supaya dapat halang kami berkempen,kesian aku tengok kawan-kawan aku ni,macam kena kurung,siap ada yang jadi"mak guard" yang jaga pintu asrama tu.Lebih kurang 10-20 minit kami cuba berdiplomasi dengan "orang kuat" kat situ masih tak dapat masuk.Tak faham aku,apa yang diorang takut sangat dengan geng-geng ungu ni,aku pun tak tahu.Lepas tu,kami pun beredar dari kolej kesayanganku.

Aku dapat mesej dari kawan aku,tak lama lepas kitorang beredar semua budak first year dipanggil turun ke dataran.Aspirasi mainkan peranan mengugut supaya undi diorang sambil bagi no calon diorang."Sape-sape yang tak undi nombor ni,korang akan dibuang kolej ini" bukankah ugutan dinamakan.Di mana keadilan,hanya sebelah pihak dibenar mengundi sebelah pihak lagi dikunci pagar tidak dibenarkan mengundi?Aku tak tido kolej masa tu untuk mengambil langkah keselamatan.

Malam sebelum pengundian aku tak tidur kolej,lepas berkempen kat KIY aku g ikut Nabila balik Za'ba.Masa tu ada kakak senior "Aspirasi" ikut kitorang dari belakang,aku tak perasan Nabila je perasan.Nabila ajak aku pegi bilik kawan dia merangkap kawan lama aku jugak masa MRSM dulu. Dia ajak kitorang makan sahur huhu,aku tolak,tak de selera..kat luar aku dengar tapak kaki manusia berjalan semakin ramai menuju ke arah bilik kami.Mula-mula lebih kurang 2 orang kawan Nabila ketuk pintu kuat panggil Nabila,"tak payah bukak,aku kenal diorang ni,budak Aspirasi" jawab Nabila.Masa tu kami masing-masing baca surah yassin penguat hati.Ketukan pintu semakin kuat "Nabila buka pintu ni,felo ni nak jumpa kau" aku membaca Yassin berulang-ulang kali.Akhirnya kitorang mengalah,pintu pun dibuka,"buat apa setinggan kat sini?".."kami tak buat apa pun cuma tumpang bilik sahur sama-sama,salah ke?"jawab Nabila,aku senyap je."Bagi saya kad kolej kamu" felo tu minta dari Nabila.."Buat apa dengan kad kolej saya?"..bagi jela,nak kepastian samada kamu kolej atau tak.Sebelum ni takde pulak check-check bilik.Dalam buku peraturan kolej yg aku baca mana-mana selain pengetua tak boleh masuk bilik kita tanpa kebenaran dan ambik kad matrikAku kat situ senyap jela,aku pun rasa felo tu macam tak nampak aku je.Dipendekkan ceritanya,aku dihantar oleh senior tido rumah sewa.

Satu lagi cerita best,tapi lari sikit la dari cerita PRK,masa tu semua kolej sibuk buat family day masing-masing,termasuklah kolej aku buat konsert.Persatuan Islam dengan beberapa persatuan lain ambik inisiatif untuk beri kesedaran kenapa konsert hendonisme ini tak elok.Malam tu aku join akak-akak ni bagi pamplet tazkirah kat budak-budak kolej,kami bagi dari bilik ke bilik.Bila Jaksa kat situ nampak apa yang kami buat terus dia roger penolong pengetua kolej,dia kutip pamplet tu balik.isy2x dasyat memang dasyat.Aku dengan Syamila lari menyelamatkan diri daripada berjumpa dengan penolong pengetua masa tu.Tak lama 2-3 hari lepas tu,aku dapat panggilan dari YDP Jaksa jam 3 pagi,dia suruh aku jumpa pengetua masa tu juga.Takut ada cuak pun ada.Alhamdulillah,aku tido rumah sewa senior masa tu,kalau tak free2 je dapat ceramah pagi.Tapi ada senior seperjuanganku dia ada masa kat kolej masa,terpaksa berjumpa juga dengan pengetua.Satu hal kena brainwash.Aku dengar dari rumate Syamila,malam tu geng-geng diorang ni pergi bilik kitorang...diterjah..sekali takde orang pulak..hihi..

Kalau kita pandai menilai dari 3 cerita kat atas,kes ugutan ini macam dah biasa berlaku je,bukan masa tahun aku je,tahun selepas aku pun kes yang sama juga.Ini jela modal diorang bila terpaksa.Aku pelik juga tengok kekawan sama batch aku i boleh takut kena buang kolej,bukannya kolej lain takde.Setahu aku takkan klu ramai yang undi geng-geng ungu pengetua buang semua.Rezeki kan milik Allah,bukannya bebudak ASPIRASI yang bagi pun...sempat ke diorang detect semua orang yang sokong geng-geng ungu ni.Pelik2.

.........................................................................................................................................................................

Saya ingin mengajak sahabat untuk berfikir kembali,dimanakah letaknya akidah sebagai orang islam,takut selain Allah,yakin rezeki itu dari manusia.Sedang kita telah akui apa sahaja yang berlaku dan ada di bumi ini adalah milik Allah.Kadangkala kita merasakan kebaikan yang kita lakukan nampak ganjil di pandangan manusia...tapi yakinlah semasa Nabi Muhammad ajaran ini,ramai yang menolaknya,tetapi dia Kekasih Allah yang telah dijanjikan oleh syurga.Teringat kata-kata murrabiku,"hidup di dunia sekejap sangat,janganlah terlalu mengeluh dengan kerja-kerja islam ini.Dugaan kat dunia ini sekejap sangat"
Sekiranya kita ada perasaan takut dan sedih kembalila pada sirah nabi semasa berhijrah bersama Abu bakar.Firman Allah dalam surah taubah:40

"Janganlah kau bersedih,sesungguhnya Allah bersama dengan kita"


Jangan jadi begini

Saturday, January 9, 2010

Kenapa mesti aku bisnes???




Alhamdulillah minggu ni banyak perkara yang aku selesaikan,banyak juga benda yang difikirkan.Teringat kata-kata Al-Syahid Hassan Al-Banna pengasas jemaah Ikhwan Muslimin..antara pesanan beliau yang menjadi pegangan aku,insyaAllah "kewajipan melebihi daripada masa yang ada".Mahu atau tidak kita tak boleh nafikan pengurusan masa sangat penting sebagai seorang muslim,lebih-lebih lagi kita sebagai student.Masa sekarang la medium latihan mengurus masa dengan baik sebelum kita bekerjaya dan berkeluarga.

Entry kali ni aku nak cakap pasal ekonomi islam...hihi besarnya tajuk,tapi aku akan ulas sikit la kenapa ekonomi islam ini penting untuk diamalkan.Kalau kita ingat sirah Nabi Muhammad s.a.w,sejak dari remaja baginda berniaga mengikut pak cik saudara mahupun atuknya.Keturunan baginda sangat terkenal dengan kehebatan dalam berniaga. Strategik dalam berdakwah pun sangat menarik,sekiranya kawan-kawan perasaan majoriti sahabat-sahabat baginda yang awal memeluk islam ialah dari kalangan businessman yang berjaya dan kaya contohnya Saidina Abu Bakar ,Saidina Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Kejujuran mereka dalam berniaga sebelum dan selepas memeluk islam menjadi salah satu faktor orang islam mahupun kafir Quraisy begitu hormat dan suka berurus niaga dengan mereka.
Konsep riba,rasuah dan menipu memang tidak diamalkan dalam sistem ekonomi islam.Justeru dengan kemahiran yang ada pada sahabat-sahabat baginda dapat memajukan negara islam pada masa itu iaitu Madinah .

Mudah untuk diterangkan dalam sistem ekonomi islam tiada penindasan yang berlaku bagi peniaga mahupun pembeli. Selepas berjayanya Nabi Muhammad membuka negara islam di Madinah,baginda menyuruh peniaga-peniaga islam membeli telaga air yang sebelum ini dimiliki oleh orang yahudi. Sebelum ini umat islam hanya bergantung harap pada air yang ada dalam telaga yang dimiliki oleh kaum yahudi,kaum yahudi pada masa itu mengamalkan dikriminasi dengan menjual harga yang mahal pada penduduk agama islam tetapi sekiranya pada kroni-kroninya dijual harga yang murah.Inilah digelar system kapitalisme yang diamalkan di Negara barat dan termasuklah kita sebahagiannya.Bertambahnya peniaga-peniaga islam akan memudahkan umat islam ataupun bukan islam berada dalam keadaan selesa kerana sikap jujur dan tolong menolong sesama manusia yang diamalkan.

Semasa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid,sistem ini juga diamalkan sehinggakan pada masa itu tidak ada seorang pun yang layak mendapat zakat dari baitul mal kerana masyarakat pada masa itu tidak mengalami kemiskinan. Adakah kita mampu menjadi seperti zaman khalifah ini?.Jawapannya boleh sebenarnya sekiranya kita meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya(adil). Harta kerajaan disalurkan pada tempatnya,semua islam membayar zakat bagi orang wajib membayarnya, zakat ini akan diagihkan kepada golongan yang diperlukan.Konsep zakat ini juga ada dalam system ekonomi islam. Tiada amalan riba mahupun rasuah yang diamalkan,sikap membazir pada pembangunan yang tidak perlu diperlukan tidak diamalkan dan jangan terlalu bergantung dengan barangan agama lain yang belum tentu halal.Nah bukankah ini cara yang sepatutnya yang dilaksanakan.Kita mudah mengatakan pandangan tetapi itulah hakikat,sikap manusia yang cintakan dunia aku pulangkan mengapa benda-benda macam ni kita tak boleh laksanakan.Firman Allah

“Tuhan menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba” (surah 2: 275)

Aku pulangkan pada kawan-kawan untuk menilainya. Cantik atau tidak Nabi Muhammad kenalkan agama islam pada kita?.Lengkap dengan semua aspek…bermula dari kita bangun tidur,bekerja,belajar,membeli,menjual dan tidur kembali..nabi ajar kita dengan ajaran islam yang sempurna.

Point aku sebenarnya nak ajak kawan-kawan aku ni sokong barangan islam,boikot barangan Israel yang boleh menyumbang duit untuk membeli peluru membunuh umat islam di Palestin.Nafsu yang perlu dididik dengan iman dan kefahaman. Tak kesahla barangan islam yang dijual tak popular or senang orang katakana tak de brand,asalkan kita dapat majukan ekonomi islam itu sendiri.

So,kat sini adalah barangan islam yang boleh promote kat kawan-kawan. Minuman dan makanan dari Arab Saudi.Contoh kalau korang pernah dengar jus mangga Rani,zam-zam kola,mizo dan lain-lain.Kat bawah ni aku selitkan sikit gambar barangan orang islam yang aku jual.Semalam kawan-kawan aku bertuah dapat rasa free air-air jus ni,yela aku belanja,bak orang kata pack percubaan.Memang berkhasiat,jus baik untuk kesihatan khususnya untuk penghadaman,banyak vitamin C dan struktur kimia yang aku baru belajar ari tu yang kat dalam jus iaitu glukosa yang diturunkan dengan menggunakan hydrogen dan nikel menghasilkan glucitol adik beradik asid karbosilik yang menyebabkan rasa masam.Kita namakan air jus tu sebagai gula alcohol yang bermaksud kurang glukosa yang baik untuk kesihatan.Panjang betul penerangan aku..Selain makanan n minuman ringan,aku ada jual baju muslimah…trendy dan cantik.Biar la apa orang cakap yang penting aku nak ajar manusia kat sekeliling aku ni sunnah Nabi iaitu berniaga dan support barangan islam.9/10 dari rezeki kan kebanyakkan datang dari berniaga,so betullah apa yang aku buatkan?…betul3x..sape2 rasa nak beli try contact aku or datang terus g PMFST..semua barang yanga ku jual ada kat situ…so slogan aku kali ni “Belilah Barangan Islam”






Sunday, January 3, 2010

Saje suka-suka nak cuba tempat baru.

Terlalu lama aku tidak menaip menghasilkan nukilan dalam blog ni,ada la habuk sikit kat dalam blog ni coz tak dicuci dengan kalam.huhu

31/12/2009
Aku bersama sahabat-sahabat yang lain join XPDC dakwah anjuran GAMIS.Petang tu ingatkan sempat berjogging dengan geng-geng ungu kat stadium,tapi sayang masa bagi aku sangat bernilai.Kalau lambat 5-10 minit dimaafkan tapi 10 minit ke atas tidak dapat dimaafkan,biasala janji melayu.Tak jadi jogging,aku pun memecut motor kriss bersiap ke masjid untuk program malam ni.

Setibanya aku kat masjid jamek kat Kuala Lumpur,solat hajat dan bacaan Yassin diadakan sempena tahun baru yang akan tiba esoknya.Sejuk dengar imam baca ayat-ayat Al-Quran dalam solat,teringat suasana kat matrik dulu.Lepas habis acara kat masjid,ada sesi penerangan oleh exco lajnah dakwah GAMIS,saudara farhan.Lebih kurang 8 kumpulan dibahagi.Aku kumpulan 4 campur dengan pelajar Darul Quran.

Dalam pukul 9.30 malam kami bertebaran di stadium merdeka mencari mad'u untuk bertanya khabar dan mencari jawapan bagi masalah ummah.Berdebar-debar jantung buat kerja ni,first time la katakan.

Mad'u pertama...ingatkan org melayu tapi orang indonesia rupanya,aku dengan kak Jamilah temubual.Perkara biasa sebagai daei ada adab untuk untuk tanya pada mad'u-mad'u ni.Pertama senyum dan bagi salam.Kedua kenalkan nama dan bertanya nama dan ketiga baru mula temubual. Aku pun tanya la sorang ni,"....datang sini buat apa ye,sambut tahun baru ye?" dia pun jawab ya dan first time sambut new year kat sini.Soalan kedua " umur berapa,belajar lagi ke?"...dia pun menjawab dengan ayu,"umur saya 18 tahun,saya bekerja kat sini".. dan soalan ketiga aku,apa yang menarik datang kat sini...dia pun jawab "saja je nak celebrate new year dan nak tengok bunga api"

Dalam hati aku berkata-kata,adakah bunga api sahaja yang mahu dilihat oleh mereka? menyambut tahun baru hanya sebagai adat dan budaya? atau hiburan yang mahu didengar walaupun tidak dapat melihat muka?

Serius aku katakan,kebanyakkan yang berada di tempat itu adalah warga asing Indonesia,seperti berada di negara mereka.huhu.Mad'u kedua,sekumpulan pelajar universiti berdekatan dengan UKM aku cuba dekati..seperti biasa memulakan langkah yang sama.Jawapan yang aku terkesima mendegarnya "saje suka-suka nak cuba tempat baru,before ni kat Putrajaya.Putrajaya tak best sangat,tak meriah,tapi kami tak sangka ramai sangat kat sini.Juz nak tengok bunga api."
Lebih kurang 10-15 minit sebelum countdown jam 12 tengah malam Ella dan Amy Search menyanyi bersama,kelihatan dua orang indonesia diangkat sambil menanggalkan baju dan melambai-lambai baju dia,aku tak nampak dengan jelas apa tulisan yang ada pada baju itu.Apakah motif mereka sebenarnya?penonton yang lain menjerit-menjerit tanda minat pada nyayian mereka.






Aku dengan sahabat-sahabat yang lain mendengar ucapan Ustaz Idris,presiden GAMIS."Sahabat-sahabat buktikan bahawa kita cakna dengan anak-anak muda sekarang,tahun 2010 menjanjikan tahun yang terbaik untuk kita melakukan perubahan."
Itu je kot yang aku ingat,rumusan yang aku bleh buat apa yang ustaz Idris sampaikan ialah kita sebagai mahasiswa perlu cakna dengan apa yang ingin di bawa oleh kerajaan pada tahun 2010,kita kita cakna dengan masalah ummah dan cuba perbaikinya sebaik mungkin,baru la slogan mahasasiwa turun ke masyarakat dipraktikkan.Dalam pukul 12tgh malam,sempat juga aku tengok bunga api yang dibazirkan dengan berjuta-juta duit kerajaan.

...................................................................................................................

Entry kali mahu saya selitkan bahawa pentingnya kita memahami taklifan kita sebagai daei di muka bumi ini. Begitu sedih melihat paparan akhbar yang begitu banyak merakamkan masalah sosial,pembuangan anak dan pelbagai lagi.Terasa diri ini lemah,"apa yang aku lakukan untuk agamaku,adakah aku akan teruskan biarkan kaum seagamaku hanyut dengan kecintaan dunia ini,lalai mencari hiburan yang melanggar syariat,tidak tahu arah tuju sebagai hamba Allah.Ya Allah kuatkan kakiku melakukan suruhanmu,tetapkan imanku,teguhkan hatiku dalam kerja-kerja dakwah ini".Saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana mungkin kerana "kurang tahu atau buat-buat tak tahu" tentang hukum tuhan.



Maka dengan ini,saya mengajak sahabat-sahabat supaya azam baru ini jangan lupa sematkan dalam hati untuk bersama mengubah negara dengan lebih baik....Bukan kerana pujian manusia kita mahukan tetapi sebagai amanah dan bekalan kita di akhirat nanti. Wallahualam