Wednesday, March 10, 2010

Syurga Cinta vs Ketika Cinta Bertasbih

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya kerana diberi nikmat untuk bernafas di bumi yang semakin tua ini dan nikmat yang paling besar iaitu iman dan islam. Kalau sesiapa yang add facebook saya, saya pernah tulis dalam post wall saya "Saya mengimpikan novel Kombat Faizal Tehrani difilemkan,boleh jadi filem box office Avatar arahan James Cameroon kalah,tapi sapela yang nak jadi pengarah"..tak ramai yang respon dekat post tu, tapi saya tetap berterima kasih sesiapa yang sudi respon. Mungkin salah satu sebabnya tak ramai yang tahu novel Kombat tu.huhu.

Didikan dalam rumah itu penting. Kenapa saya cakap macam ni tetiba? Bila abang saya yang keempat balik kampung, dia selalu pesan kitorang, "abang Min tak suka kamu tengok tv drama melayu dan hindustan". Oleh kerana pesanan itu adalah tegas, kami terpaksa lah ikut.hiihiihi.Sebab apa ye abang Min tak bagi tgk drama melayu? kalau filem hindustan saya faham la,ada adegan-adengan yang tak elok untuk dilihat.Dari sekolah menengah lagi kitorang satu keluarga memang jarang tgk drama melayu except Cerekarama TV3 pukul 10 ari Sabtu. "Kalau drama melayu tak boleh tengok kami boleh tgk apa jer bang?". "Kamu tengoklah citer Inggeris kan ada"


Boleh tak saya katakan drama atau filem Melayu sekarang tak berkualiti?..hehehh ayat kontroversi.Sabtu lepas saya terbaca artikel dalam suratkhabar,tajuk " Filem tidak manfaatkan sastera"..pandangan ahli-ahli sastera lebih kurang macam pandangan saya..(perasan la plak)..Antara pandangan mereka yang memberi kesan pada fikiran saya; terlalu banyak anugerah yang diterima oleh para sasterawan negara tetapi tidak semua yang tahu, hanya golongan penyelidik sastera je yang tahu.Sebagai contoh sasterawan negara A.Samad Said karya sastera yang mendapat pengiktirafan "Hujan Pagi".Shahnon Ahmad dengan karyanya yang mengungkapkan kemanusiaan dan kemiskinan zaman kanak-kanak dalam "Ranjau Sepanjang Jalan" dan banyak lagi. Adakah karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara terlalu ketinggalan zaman sekiranya diadaptasi kepada filem?. Saya rasa anggapan begini salah,sebagai contoh filem Laskar Pelangi diadaptasi oleh novelnya, filem ini sangat mudah menceritakan kehidupan kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai begitu banyak impian dan mimpi untuk dikecapi, perjuangan guru-gurunya dalam mempertahankan sekolahnya untuk melihat anak-anak muridnya bersama harus dipuji.Filem ini mendapat sambutan ramai tidak kira di Indonesia mahupun dari luar negara.

Terbaru hangat diperkatakan dalam facebook di kalangan kawan-kawan fb saya mengenai Ketika Cinta Bertasbih,filem ini saya beri lima bintang."Terbaikla Pak Habib". Filem islamik yang meletup sehingga menjadi topik perbincangan manusia.Apa yang ingin ditonjolkan dalam filem ini bukanlah semata-mata kisah cinta Khairul Azam dan Althafunnisa tetapi sebuah cerita motivasi kepada manusia, selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan.

Saya ingat lagi David Teo penerbit filem "Syurga Cinta" ingin bawakan dalam filemnya "cerita ini khas kepada wanita-wanita yang bertudung untuk mengenal "cinta""..wah wah pandai dia nak ajar cinta islamik pada kita. Motif dan objektif yang tidak jelas...nampak sangat nak kaut keuntungan semata-mata.Kalau anda semua tonton citer tu for sure bezanya lain dengan KCB,dari segi pergaulan lelaki dan perempuan, aksi di dalam disko yang memalukan, pakaian yang tidak menutup aurat, cinta kepada manusia semata-mata dan banyak lagi la.fuhh

Kalau nak bicarakan pasal filem barat, terlalu banyak karya novel mereka diadaptasikan menjadi filem contohnya "Lord of The Ring" dan "Harry Potter". Saya suka tengok citer Lord of the Ring,satunya sebab filem ini guna teknologi tinggi tapi tak lupa dasar sejarah yang ingin ditonjolkan. Kisah pengembaraan, best!.

Sebenarnya produser2 filem negara kita ini boleh berjaya tapi kena buang sikap "copy dan ikut membuta tuli". Kurangkanlah citer ikutan barat yang ntah kurang bagi pengajaran pada orang "Cicak Man,Bohsia, Rempit dan citer2 tahyul" tu belum masuk drama-drama melayu lagi. Buatla filem-filem yang mendidik bangsa, klu susah sangat nak cari idea, pegi bincang dengan sasterawan negara dan terbitla filem,bukan susah sangat.

Filem yang berkualiti bagi pandangan saya mestilah mempunyai ciri-ciri mendidik jiwa bangsa, penyelidikan yang terperinci sekirnya mengenai sains dan teknologi, unsur kerohanian juga tidak dilupakan dan paling penting letakkan islam pada atasya kerana "Islam untuk semua"..sesuai untuk semua.Oklah setakat di sini sahaja. Slogan saya kali ini
"Sokonglah filem-filem Islam"

Tuesday, March 2, 2010

Sayang tak terucap

بسم الله الرحمن الرحيم


Sibuk sangat 2 minggu ni,sampai nak tengok blog pun tak larat.Tajuk entry di atas adalah tajuk satu novel motivasi bagi aku.Sayang Tak Terucap karya penulis novel yang tak asing di dunia penulisan Malaysia Nurhayati Ibrahim.Di sini aku tuliskan sedikit sinopsis novelnya.

Delilah adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dibesarkan oleh ibu,nenek dan datuknya yang buta.Masa kecilnya dihabiskan masa menemani ibunya berniaga untuk menampung kehidupan hariannya.Datuknya walaupun buta tetapi ayat-ayat Al-Quran ada di dalam ingatannya,seringkali menceritakan sirah-sirah anbiya kepada Delilah.Perwatakan Delilah berbeza dengan rakan-rakannya,hatinya cekal dengan dugaan yang datang.

Akhirnya dia berjaya menjadi doktor gigi dan mampu membuka kliniknya sendiri.Dipendekkan cerita ayah kandungnya berjaya menjejaki keluarga yang ditinggalkan.Dengan rasa sedih,kecewa dan rajuk yang berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris,lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu,nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu,masih tidak membuka pintu hatinya.Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya.Datuknya yang buta,tapi tidak buta hatinya. Datuknya buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu,mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak guna sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan,menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Di bawa dirinya ke Mekah menunaikan umrah,di situ satu kisah pengorbanan dan kemaafan mengusik hatinya.Kisah Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya yang masih kecil,Nabi Ismail.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Delilah mual tersedar,kisah yang pernah diceritakan oleh datuknya.Dia menginsafi diri,"mampukah aku menjadi sperti Siti Hajar".Pulangnya dari umrah membawa sinar kemaafan pada ayahnya.Syarikat besar milik ayahnya diserahkan kepada anak kandungnya,Delilah.

Tatkala habis novel ini dibaca,ketika itu juga air mataku berlinang laju."Ya Allah Ya Tuhanku,lembutkanlah hati hambamu ini dan jadikanlah aku setabah Siti Hajar"