Wednesday, December 2, 2009

Aku dan Putera katak


“Semenjak dua menjak ni suka betul katak masuk dalam rumah kita” keluh Fiqa pada kawan serumahnya“Aku takutla dengan katak boleh tak keluarkan” tambahku,semua isi rumah dah tahu sangat dengan kegelianaku. “Biarkan je la katak tu,bila malam dia dalam bilik air ,bila siang dia duk bawah mesin basuh,dia tak kacau kita pon..tengok tu perasan tak dia senyum kat kita Fiqa” itulah kak Nah,gadis kampung yang banyak pengalaman dan berkongsi dengan kami . A’ah la akak comel je saya tengok katak tu… “Tolongla Fiqa,eei geli aku…akak ni biar betul boleh ke katak senyum?”..”Betul,meh datang sini tengok sendiri ” tambah kak Nah meyakinkan kami.

“Apa yang kecoh-kecoh sangat kat dapur ni sampai kat atas boleh dengar suara korang ni”…,belum sempat kak Izah melangkah masuk ke bilik air dia menjerit katak!!!. Nasib baiklah jerit je,takut gak aku kalau apa-apa jadi kat Kak Izah,dah la lantai bilik air tu licin. Kak Izah bertanya pada kami sape-sape nak kawen ngan putera katak pegi cium katak kat dalam bilik air tu…

Tak nak aku,tengok pon aku tak nak inikan plak nak cium….habisla semua orang dah terkena sihir Yahudi,bleh plak diorang percaya dengan citer fairy tales yang tak masuk akal.


Menurut buku dongeng klasik Charles Dicken kalau Puteri Raja cium Putera katak,putera katak akan jadi hensem macam Keanu Reeve,pelakon Matrik serba hijau huhuhu.Tapi dongeng tetap dongeng.Ada je agenda Yahudi kalau nak lemahkan orang islam. Salah satu nya melaui hiburan,media. Bukan sahaja kanak-kanak yang meminati citer fairy tales ni,orang dewasa jugak pun layan jugak




………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….



Umat islam sekarang sangat lemah imannya kerana dilalaikan dengan hiburan yang dihidangkan dari semua peringkat bermula bayi sehingga dewasa. Sebagai contoh yang saya boleh bawakan pada entry kali ialah hiburan yang yang disajikan untuk kanak-kanak iaitu cerita kartun Fairy Tales. Implikasi televisyen pada kanak-kanak sangat besar. Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa apabila mencapai umur 5 tahun. Pertumbuhan neuron dan ‘myelination’ dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan dengan lebih cekap antara sel-sel otak. Oleh yang demikian, mereka dapat menyerap apa sahaja yang diterima dengan cepat termasukla cerita-cerita yang menjanjikan tarikan tersendiri untuk mereka. Animasi yang bergerak-gerak membolehkan mereka mengikut sambil mengingat apa yang ditonton.

Fairy tales adalah kartun yang familiar watak gadis miskin yang teraniaya dengan mak tiri sedang menunggu si putera menyelamatkannya. Ini membuatkan kanak-kanak yang melihat tak beralih tempat.


Cerita-cerita sebegini boleh menyebabkan kanak-kanak suka berkhayal dan bermimpi ala-ala Mat Jenin. Hanyut dengan cinta manusia sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Ini bukan sahaja melanda pada kanak-kanak tetapi juga pada dewasa terutamanya gadis yang masih dibayangi dengan Cinderella, Snow White, Rapunzel dan lain-lain. Tidak kurang juga semenjak dua ini sebuah televisyen di Malaysia meyiarkan rancangan seumpama dengan fairy tales pada tiap-tiap petang waktu cuti sekolah

Bukan ini yang ingin huraikan, tetapi cerita-cerita dongeng sebegini boleh merosakkan akidah umat islam sejak kecil lagi. Hal ini kerana,sebagai contoh Cinderella kewujudan fairy yang dianggap angel dalam cerita itu membayangkan rupa dan zat malaikat itu sendiri. Kisah Snow White yang terkena sihir hanya boleh dirawat dengan kasih/cinta seorang putera. Adakah sekadar itu pengajaran yang mahu dibawa oleh puak-puak Yahudi ini? Tidak! mereka mahu melalaikan kita daripada mengenal Allah dan Rasul dan perjuangan para sahabat. Berlainan dengan kanak-kanak Yahudi mereka diajar untuk membenci islam sejak dari kecil,dibekalkan pelbagai ilmu sebagai pelapis dalam meguasai dunia. Tetapi kanak-kanak islam sekarang leka dan hanyut dengan dunia angan-angan mereka.

Sebagai contoh saya bawakan Sultan Muhammad Al-Fateh sejak kecil dilatih menghafaz Al-quran ilmu-ilmu peperangan dan semangat jihad ditiupkan dari kecil lagi. Bed time story Sultan Muhammad Al-Fateh hanya dengan kisah-kisah Anbiya berbeza dengan kita. Semoga kita mengakui kehebatan baginda sehingga boleh meguasai kota Constantinople hasil didikan orang tua sejak waktu kecil lagi.

Berikan alternative hiburan atau cerita-cerita islam kepada kanak-kanak sekarang contohnya Kisah-kisah Haiwan di dalam Al-quran (Semut,labah-labah,kambing, lebah dan lain-lain) . Mereka pasti menyukainya asalkan bermula dari kita. Sejak dari kanak-kanak,ibu bapa perlu melatih anak-anak mereka dengan mengenal Allah dan Rasul semangat cintakan islam dan bencikan musuh-musuh islam ditanamkan pada hati mereka.


Sabda Rasulullah s.a.w


“Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”

Lambakan cerita kartun animasi di televisyen yang pelbagai membuatkan kanak-kanak tidak bergera-gerak depan televisyen. Celik mata sahaja,cerita kartun animasi jepun,inggeris dan lain disajikan sebelum sempat untuk bersarpan. Eloknya sebagai ibu bapa muslim sebaik sahaja bangun tidur anak kita diajar dengan huruf-huruf al-quran mengenal Allah sebelum melakukan aktiviti yang lain bagi mengisi masa cuti sekolah. Gunakan masa cuti sekolah yang ada dengan sebaiknya untuk mengajar anak asas islam dan pegangan anak-anak pada Allah.

Setakat ini sahaja untuk artikel kali ini sempena cuti sekolah dan cuti sem university,tambahkan ilmu pengetahuan dalam segala aspek dan buatla perkara yang berfaedah.

Monday, November 30, 2009

Akhlaq itu Bukan Lalang



Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

Sumber dari : Saifulislam.com

Friday, November 27, 2009

Kerbau Oh Kerbau!!!

Mengimbau kembali tazkirah atau peringatan yang diberi oleh seniorku di dalam bilik tutor membuat bulatan menuntut penumpuan yang lebih untuk mendengarnya.
Nama panggilan untuk seniorku kak Aidil.

" Adik-adik pernah dengar satu cerita tak pasal Pak Samad dan kerbaunya?" Kami menjawabnya belum pernah. Dia meneruskan ceritanya. Kerja Pak Samad adalah seorang petani. Tiap-tiap pagi selepas subuh,Pak Samad akan bekerja menanam pelbagai tanaman;bendi,kangkung,lada merah dan lain-lain. Bila tengahari Pak Samad akan balik ke rumahnya untuk makan tengahari.Berhenti untuk berehat dari penat.Selepas itu,sambung balik kerja membaja,menanam dan menyiram tanaman. Bila dah petang dalam kul 5 lebih,Pak samad akan berhenti bekerja dan pulang ke rumah. Bila malam tiba masanya diluangkan untuk anak-anak dan isteri.

Ok,sekarang cerita kerbau Pak Samad pulak. Pak Samad ada seekor kerbau betina, jantan dan 2 ekor anak kerbau. Kerbau Pak Samad kerjanya pulak membajak tanah untuk mengemburkan tanah tanaman Pak Samad,bila Pak Samad berehat kerbau ni juga berehat makan rumput. Bila habis perkhidmatannya digunakan,kerbau ini akan masuk ke dalam kandangnya. Kerbau ini juga ada anak-anak untuk bermain dan bermanja."

So, akak nak tanya apa beza Pak Samad dan kerbaunya? Siapa boleh jawab, akak tak nak jawapan bezanya Pak Samad manusia dan kerbau binatang.Kami senyap tanada mencari jawapan bagi soalan ini.

Baiklah kalau tak ada siapa yang bagi jawapan,maka betulla Kehidupan Pak Samad dan kerbaunya tak ada bezanya. Betul tak?... BETUL... BETUL... BETUL



....................................................................................................

Saya kembalikan kepada pembaca sekalian,apakah tujuan hidup kita di dunia ini? adakah seperti Pak Samad,tidur,bekerja,makan dan keluarga semata-mata? Sekiranya begitu tiada bezanya kita dengan kerbau. Mengejar kekayaan sehingga hidup senang,selepas jadi senang apa arah tujuan kita?

Ingin saya ingatkan pada pembaca sekalian tujuan kita ada 3 iaitu sebagai hamba Allah,daei dan khalifah.Seperti mana dalam firman Allah:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu Az-Zariyat:56

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.Sad:26





Sebagai muhasabah pada diri dan ingatan untuk pembaca,cukupkah kita mengejar kejayaan di dalam pelajaran hanya kerana semata-mata pekerjaan. Jadikanlah,Nabi Muhammad sebagai ikutan, tidak pernah jemu dalam menyeru manusia ke arah kebaikan dan mengenal islam agama yang indah. Mengenalkan manusia tentang agama tauhid berlandaskan akidah tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Sama-sama kita bangunkan umat islam pada akhir zaman ini yang penuh dugaan dan pelbagai masalah akidah. ISLAM IS THE WAY of OUR LIFE.

Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan yang perlu dicontohi

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah...
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah...
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata redha & meyakini bahawa diri ini adalah milik Allah..
Antara perintah& runtunan jiwa menjadi pilihan..
Semoga pergorbanan keluarga ini memberi kekuatan kepada hati kita untuk terus istiqamah dalam PERJUANGAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, November 17, 2009

Cuti yang perlu dimanfaatkan

Ada lebih kurang sebulan cuti sem ku yang berbaki.Kerja persatuan yang masih tertangguh perlu aku siapkan sebelum naik pimpinan yang baru. Melepaskan jawatan bukan perkara mudah dengan bermaksud meninggalkan segalanya. Dokumentasi setiap gerak kerja perlu direkodkan supaya mudah menjadi rujukan yang akan datang.Muhasabah sepanjang perjalananku bergelar pimpinan persatuan perlu dilakukan supaya tidak diulangi bagi sahabat yang bakal mengantikan tempatku.

Selalunya cuti-cuti sem ni aku buat apa ye? Perkara biasa yang selaloonya wat pegi bertandang dan bermalam di rumah mak tehku di Pengakalan Balak,Melaka. Tempat di mana banyak mendidik diri mengenal islam. Kalau cuti sekolah je aku tak miss pegi rumah mak teh aku ni,kenapa ye?salah satu sebabnya dekat ngan pantai.huhuu best sangat,dari UPSR sampai result final sem UKM aku mesti meluahkan suka duka di pantai ini.

Rumah mak teh aku ni pun dijadikan PASTI di kawasan itu. Sempat menjadi teacher,ustazah dan cikgu kat sana.Masa mengajar kat sana semua orang confius aku ni kakak pelajar atau cikgu...hihi.Banyak pengalaman yang aku dapat masa jadi cikgu kat sana. Betul la kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biar dari kecil lagi. Doa-doa harian menjadi sebutan bagi murid-murid aku kat sini.Nak tido baca doa,nak masuk dan keluar tandas pun baca doa. Amalkan sunah nabi ni boleh dekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul,SubhanaAllah. Pagi aku jadi cikgu dan teacher,bila petang aku jadi ustazah mengajar adik-adik baca iqra',pak cik aku pula mangajr Al-Quran. Semua orang takut p.cik aku ni sebab garang sangat.Ingat lagi kata-kata mak teh "kalau ikutkan kat sini ramai je boleh baca Al-Quran tapi tak ramai yang tahu ilmu tajwid",betul sangat apa yang mak teh aku cakap.

Family mak teh hanya bergantung pada mengajar manusia mengenal huruf yang mana boleh mengenal Allah.Alhamdulillah sekarang ni,mak teh dah boleh bukak 2 buah PASTI,satu untuk 5 dan 6 tahun dan satu lagi untuk 3 dan 4 tahun. Mak teh bukak jugak nursery jaga bayi.Petang buka kelas KAFA,hidup mak teh sekeluarga sangat sederhana,betul la rezeki milik Allah yang penting kita usaha dan yakin pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Family aku pun kalau cuti-cuti suka sangat pegi sana,sedangkan rumah mak teh aku tu simple je,sofa takde,tv pun kadang elok kadang tak,komputer pun yang versi Microsoft XP 2000. Family mak cik aku pon jenis yang menerima semua orang,layan kitorang macam anak sendiri.



Selain itu,cuti macam ni,aku selalo buat research tentang macam-macam perkara.Masa kat MRSM dulu kami akhir sem kami diberi tugasan untuk buat projek ala-ala thesis. Masa tingkatan 4 aku buat research pasal makanan dan penyakit.Aku kumpul bahan dari majalah CNI (syarikat yang jual barangan kesihatan) yang tiap -tiap bulan family aku dapat sebab jadi ahli.Aku bukukan sebagai rujukan. Banyak aku ilmu aku dapat.Masa tu excited sangat,yela masa tu cita-citaku jadi pakar pemakanan islam.

Cuti ni aku akan teruskan research pasal minuman pulak iaitu teh.Kenapa ye,teh boleh meyebabkan badan menjadi tak selesa,senang cerita berangin. Kalau ada program,minuman paling mudah urusteia sediakan adalah teh,selagi nama teh aku takkan minum,rela haus dari perut sakit.

Sesuai la dengan ayat Al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujurat:6




Satakat ni,klu dah siap research insyaAllah saya cuba post dalam blog ye.

Sunday, November 15, 2009

Titipan Doa Buat Sahabat



Sahabat
Begitu lama mencari sahabat sehebat Saidina Abu Bakar,

Akhirnya kutemui juga,

Mengenalimu satu anugerah bagiku,

Suka dan duka kita bersama,

Masuk tahun ini genapla 3 tahun aku aku megenal dan memahami mu sahabt,


Sahabat

Duka yang dialami ditanggung bersama,

Berada di kolej yang sama lebih merapatkan kita,

Tak pernah jemu kau melayan kerenahku,

Setia mendengar walaupun kau penat mendengar ceritaku,

Melukai hatiku jarang sekali apatah lagi membuatku menangis


Sahabat

Pernah berlaku krisis yang besar di kalangan “kita”,

Sehinggakan wujud 2 kelompok yang besar,

Aku kira inilah dugaan yang besar yang perlu hadapi,

Mengembalikan ke keadaan yang sebenar bukanla perkara yang mudah,

Mujur ada kau di sampingku,membuatkan aku lebih kuat menghadapinya dengan izin Allah


Sahabat

Banyak aku belajar dirimu,

Ketenangan dan lemah lembut dlam bicara memberi kesan pada hati

Masalah ummah dibincang bersama dan mencari penyelesaian

Idea yang bernas dilemparkan membuatku sentiasa berfikir


Sahabat

Kini aku diberi amanah dari manusia,

Membuatkan kita jarang bersama,

Aku dengan kerjaku dan kau dengan kerjamu,

Walaupun amanah ini menjarakkan kita,

Kau tetap menjadi tempat luahan masalahku,

Tapi aku sedih kau lebih banyak memendam lebih daripada meluah

Mungkin aku bukan yang sesuai untuk mendengarnya

Tetapi aku tetap berlapang dada,

Tidak semua benda boleh dikongsi


Sahabat

Baru-baru ini aku mendengar berita sedih dari sahabat kita yang lain,

Kau menghadapinya berseorangan tanpa aku tahu,

Ujian untukmu hebat, di kala manusia sibuk bertempur di medan peperiksaan

Kau sibuk berperang dengan perasaan risau

Aku harap kau tabah menghadapinya,

Maafkan aku sahabat,sudah lama aku tidak bertanya khabar darimu,

Membuat jarak kita semakin bertambah

Walaupun apa terjadi aku tetap mengiktirafmu sabagai sahabat rapatku,


Sahabat

Aku hanya boleh berdoa dari jauh akan keadaanmu sekarang

Aku cuba memahami mungkin pada masa ini kau perlukan ketenangan

Aku juga tetap berdoa sekiranya benar aku sahabatmu

Berila ruang untuk aku membuktikannya.InsyaAllah