Monday, April 5, 2010

Yes I Can !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Memecahkan rekod tidak mengupdate blog hampir sebulan,apa yang menyibukkan diri saya selama 3 minggu lebih ni, saya pun tak tahu..huhu.Sebenarnya dalam masa 3 minggu lebih ini saya disibukkan dengan presentation yang banyak dan assaiment berkumpulan yang memerlukan komitmen.Semua itu hanya alasan.hehe.

Bila petang tiba,hujan rahmat mula turun,katak-katak membunyikan iramanya,tidak lupa juga aku melihat katak-katak ini bukan sahaja menyanyi tetapi "melompat-melompat" keriangan,seakan-akan memahami situasi negara.Slogan-slogan satu atau One semakin rancak kedengaran di corong-corong radio dan paparan televisyen.

Keris kesultanan Melayu kembali dijulang sehingga lupa adab dan budaya sebagai seorang beragama.
Suasana Malaysia yang penuh dengan dengan corak warna-warni membuatkan aku banyak berfikir,suatu masa nanti aku pula yang mecorakkan negara ini.

Sebelum aku mencorakkan negara ini dengan warna yang cantik, perkara asas atau pembentukkan seorang muslim perlulah dilatih sejak sekarang. Yakin, ini lah tajuk entry sebenar yang aku mahu sampaikan."You is what You Think".."Yakin la pada diri,semua benda boleh terjadi".Slogan ini seringkali didengari, lebih-lebih lagi nak dekat exam. Betul tak?..

Sebelum aku menghuraikan lebih panjang, ingin aku bawakan sebuah kisah teladan yang dibawakan dalam sebuah hadith sebelum kelahiran nabi Muhammad S.A.W.Kisah ghulam dakwah,ahli sihir dan seorang abid.ceritanya lebih lanjut boleh baca di sini. Aku mengetahui kisah ini melalui buku yang diberikan oleh ustazah ku di sekolah menengah sebagai bekalan masuk ke menara gading. Aku masih simpan buku itu "Antara Iman dan Harakah" . Begitu banyak ibrah dan pengajaran yang aku dapat dari kisah ini. Paling menyentuh hati seorang muslim iaitu sifat yakin pada Allah itu penting. Ghulam itu yakin hanya Allah sahaja boleh mematikannya walaupun begitu banyak cara hukuman yang diberikan oleh pemerintah yang zalim itu.

Teringat usrah beberapa minggu lepas yang menghuraikan tingkat yakin oleh tokoh terkenal ibnu Taimiyah.Ada 3 peringkat. Pertama : ilmu yakin, kedua : ainul yakin dan ketiga : hakkul yakin.Ibnu Taimiyah berkata :ilmu yakin itu adalah ilmu yang kita dapat melalui pengkhabaran, pemerhatian dan dan perbandingan.Yang kedua ainul yakin iaitu apa yang kita lihat dengan mata kita dan ketiga hakkul yakin iaitu merasainya sendiri. Sebagai contoh madu. Kita mendengar dari kawan-kawan kita madu ini manis (ilmu yakin). Kita melihat sendiri madu itu dikerumuni dengan semut (ainul yakin) dan akhir sekali dengan merasainya, madu memang manis (hakkul yakin).
Keyakinan diri itu hadir apabila kita yakin dengan Allah. Sebab apa aku cakap macam ini. Apabila kita yakin Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, maka sesuatu perkara yang kita ingin kita lakukan kita pulangkan pada Allah setelah berusah kerana kita yakin Allah lah yang menjadikan sesuatu perkara, memberikan kekuatan dan mennghilangkan rasa takut kita.

Bagaimana mendidik diri supaya yakin pada Allah. Hanya menyucikan diri dengan membuat perkara-perkara wajib dan sunat. Apabila bersangka baik dengan Allah, maka Allah akan memberikan apa yang kita sangkakan. Seperti mana dalam firman Allah dalam Hadith Qudsi : "Aku adalah apa yang hambaku sangkakan, dan Aku akan selalu bersamanya selama ia mengingatku". Ayat ini seringkali menujah dikepalaku apabila sedih menimpa diri, hilang keyakinan diri dan iman ku berkurang.. Buku Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni dengan tajuk "Rahsia dan Keajaiban Cinta Allah s.w.t" yang aku sedang baca ini membawa makna sebenar keyakinan seorang hamba kepada penciptanya. Beliau menerangkan bagaimana cara mencapai kejayaan yang sebenar sebagai seorang muslim katanya " qiamulail merupakan kunci utama kejayaan hidup. Dengan qiamualail, seseorang akan berhati lapang sehingga semua masalah yang dihadapi dengan sikap positif . Sebab orang yang sentiasa Qiamualail adalah orang bersyukur kerana hati telah jernih serta dalam suasana keheningan malam maka orang yang berqiamulail akan mudah berfikir, baik untuk memperolehi tambahan ilmu mahupun memikirkan jalan keluar terhadap pelbagai masalah." Beliau juga penulis bagi buku yang terkenal iaitu "La Tahzan".

Tidak mahu memanjangkan kalam atau bicara. Satu pesanan yang diberikan oleh sifu kepada anak muridnya panda dalam filem kartun Kungfu Panda yang boleh kata peransang pada kawan-kawan

"There is no secret ingredient, you just have to believe"

Slogan saya "Yakin la Pada Allah, Kita akan yakin pada diri"