Wednesday, December 2, 2009

Aku dan Putera katak


“Semenjak dua menjak ni suka betul katak masuk dalam rumah kita” keluh Fiqa pada kawan serumahnya“Aku takutla dengan katak boleh tak keluarkan” tambahku,semua isi rumah dah tahu sangat dengan kegelianaku. “Biarkan je la katak tu,bila malam dia dalam bilik air ,bila siang dia duk bawah mesin basuh,dia tak kacau kita pon..tengok tu perasan tak dia senyum kat kita Fiqa” itulah kak Nah,gadis kampung yang banyak pengalaman dan berkongsi dengan kami . A’ah la akak comel je saya tengok katak tu… “Tolongla Fiqa,eei geli aku…akak ni biar betul boleh ke katak senyum?”..”Betul,meh datang sini tengok sendiri ” tambah kak Nah meyakinkan kami.

“Apa yang kecoh-kecoh sangat kat dapur ni sampai kat atas boleh dengar suara korang ni”…,belum sempat kak Izah melangkah masuk ke bilik air dia menjerit katak!!!. Nasib baiklah jerit je,takut gak aku kalau apa-apa jadi kat Kak Izah,dah la lantai bilik air tu licin. Kak Izah bertanya pada kami sape-sape nak kawen ngan putera katak pegi cium katak kat dalam bilik air tu…

Tak nak aku,tengok pon aku tak nak inikan plak nak cium….habisla semua orang dah terkena sihir Yahudi,bleh plak diorang percaya dengan citer fairy tales yang tak masuk akal.


Menurut buku dongeng klasik Charles Dicken kalau Puteri Raja cium Putera katak,putera katak akan jadi hensem macam Keanu Reeve,pelakon Matrik serba hijau huhuhu.Tapi dongeng tetap dongeng.Ada je agenda Yahudi kalau nak lemahkan orang islam. Salah satu nya melaui hiburan,media. Bukan sahaja kanak-kanak yang meminati citer fairy tales ni,orang dewasa jugak pun layan jugak




………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….



Umat islam sekarang sangat lemah imannya kerana dilalaikan dengan hiburan yang dihidangkan dari semua peringkat bermula bayi sehingga dewasa. Sebagai contoh yang saya boleh bawakan pada entry kali ialah hiburan yang yang disajikan untuk kanak-kanak iaitu cerita kartun Fairy Tales. Implikasi televisyen pada kanak-kanak sangat besar. Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa apabila mencapai umur 5 tahun. Pertumbuhan neuron dan ‘myelination’ dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan dengan lebih cekap antara sel-sel otak. Oleh yang demikian, mereka dapat menyerap apa sahaja yang diterima dengan cepat termasukla cerita-cerita yang menjanjikan tarikan tersendiri untuk mereka. Animasi yang bergerak-gerak membolehkan mereka mengikut sambil mengingat apa yang ditonton.

Fairy tales adalah kartun yang familiar watak gadis miskin yang teraniaya dengan mak tiri sedang menunggu si putera menyelamatkannya. Ini membuatkan kanak-kanak yang melihat tak beralih tempat.


Cerita-cerita sebegini boleh menyebabkan kanak-kanak suka berkhayal dan bermimpi ala-ala Mat Jenin. Hanyut dengan cinta manusia sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Ini bukan sahaja melanda pada kanak-kanak tetapi juga pada dewasa terutamanya gadis yang masih dibayangi dengan Cinderella, Snow White, Rapunzel dan lain-lain. Tidak kurang juga semenjak dua ini sebuah televisyen di Malaysia meyiarkan rancangan seumpama dengan fairy tales pada tiap-tiap petang waktu cuti sekolah

Bukan ini yang ingin huraikan, tetapi cerita-cerita dongeng sebegini boleh merosakkan akidah umat islam sejak kecil lagi. Hal ini kerana,sebagai contoh Cinderella kewujudan fairy yang dianggap angel dalam cerita itu membayangkan rupa dan zat malaikat itu sendiri. Kisah Snow White yang terkena sihir hanya boleh dirawat dengan kasih/cinta seorang putera. Adakah sekadar itu pengajaran yang mahu dibawa oleh puak-puak Yahudi ini? Tidak! mereka mahu melalaikan kita daripada mengenal Allah dan Rasul dan perjuangan para sahabat. Berlainan dengan kanak-kanak Yahudi mereka diajar untuk membenci islam sejak dari kecil,dibekalkan pelbagai ilmu sebagai pelapis dalam meguasai dunia. Tetapi kanak-kanak islam sekarang leka dan hanyut dengan dunia angan-angan mereka.

Sebagai contoh saya bawakan Sultan Muhammad Al-Fateh sejak kecil dilatih menghafaz Al-quran ilmu-ilmu peperangan dan semangat jihad ditiupkan dari kecil lagi. Bed time story Sultan Muhammad Al-Fateh hanya dengan kisah-kisah Anbiya berbeza dengan kita. Semoga kita mengakui kehebatan baginda sehingga boleh meguasai kota Constantinople hasil didikan orang tua sejak waktu kecil lagi.

Berikan alternative hiburan atau cerita-cerita islam kepada kanak-kanak sekarang contohnya Kisah-kisah Haiwan di dalam Al-quran (Semut,labah-labah,kambing, lebah dan lain-lain) . Mereka pasti menyukainya asalkan bermula dari kita. Sejak dari kanak-kanak,ibu bapa perlu melatih anak-anak mereka dengan mengenal Allah dan Rasul semangat cintakan islam dan bencikan musuh-musuh islam ditanamkan pada hati mereka.


Sabda Rasulullah s.a.w


“Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”

Lambakan cerita kartun animasi di televisyen yang pelbagai membuatkan kanak-kanak tidak bergera-gerak depan televisyen. Celik mata sahaja,cerita kartun animasi jepun,inggeris dan lain disajikan sebelum sempat untuk bersarpan. Eloknya sebagai ibu bapa muslim sebaik sahaja bangun tidur anak kita diajar dengan huruf-huruf al-quran mengenal Allah sebelum melakukan aktiviti yang lain bagi mengisi masa cuti sekolah. Gunakan masa cuti sekolah yang ada dengan sebaiknya untuk mengajar anak asas islam dan pegangan anak-anak pada Allah.

Setakat ini sahaja untuk artikel kali ini sempena cuti sekolah dan cuti sem university,tambahkan ilmu pengetahuan dalam segala aspek dan buatla perkara yang berfaedah.